Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Kenapa Cara Duduk W Bahaya Pada Anak?

KITA selalu lihat anak kecil termasuk anak sendiri duduk dengan kaki lipat ke belakang seakan bentuk W ketika bermain di lantai.

Ia dianggap biasa pada anak yang berusia dua tahun ke bawah. Tapi sekiranya cara duduk begitu menjadi kebiasaan dan berterusan hingga usia lebih dari dua tahun ia sebenarnya boleh memberi kesan kepada perkembangan pergerakan anak.

Kenapa Cara Duduk W Bahaya Pada Anak?

Cara duduk ini akan menambah tekanan di bahagian bawah tubuh anak hingga boleh menjejaskan perkembangan kekuatan otot (bahagian otot perut) dan beberapa kemahiran motor kasar seperti melompat dan juga berlari.

Bila anak duduk dalam keadaan ini mereka akan jadi selesa yang mana otot bahagian atas tubuh mereka tidak banyak berfungsi.

Sebaliknya mereka menggunakan bahagian bawah tubuh sebagai sokongan dan bergantung kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot semasa bermain dalam kedudukan ini.

Ia juga mengetatkan otot kaki, pinggul dan buku lali anak hinggga boleh mengundang masalah hip dislocation yakni masalah kedudukan sendi pinggul.

Antara kesannya adalah menjejaskan cara anak berjalan dan juga menyebabkan anak kerap hilang keseimbangan.

Kekerapan anak duduk dalam bentuk W ini juga boleh memberi masalah untuk mereka duduk di kerusi tanpa menggunakan tangan sebagai sokongan.

Jadi sekiranya nampak anak kerap duduk dalam keadaan ini, minta dia mengubah kedudukan.
Sama ada duduk dalam keadaan bersila atau duduk di atas kerusi yang mana lebih baik untuk pembentukan tubuh mereka.

***Rencana ini adalah terjemahan dari artikel  What’s So Wrong With W-Sitting
Pediatric Therapy Center yang dipetik dari blog www.vanillakismis.my


Sumber

4 Petua Mudah Mengilatkan Cermin

  1. Basahkan surat khabar dengan sedikit air lalu taburkan bedak talkum ke atasnya. Gunakan surat khabar tersebut dengan mengelapnya pada permukaan cermin yang kotor di rumah anda. Lakukan langkah sama berulang kali sehingga anda berpuas hati.
  2. Gunakan sehelai kain lembap untuk mencuci cermin yang berkaitan. Selepas itu taburkan atau lumurkan serbuk kapur tulis yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan seketika kemudian bersihkan cermin tadi dengan kain lembap yang telah dibilas dengan air bersih berulang kali sehingga cermin kelihatan bersih dan berkilat.
  3. Masukkan sedikit cuka ke dalam bekas. Celupkan kain ke dalam bekas cuka untuk digunakan bagi mengelap cermin. Lakukan berulang kali dan anda akan dapati cermin anda kelihatan berkilat dan seperti baharu.
  4. Basahkan kertas akhbar kemudian lap pada cermin dengan cara sehala saja. Lakukan sehingga kesan-kesan atau tompokan hitam dan berlumut itu hilang

7 Cara Menghalau Lalat



Adakah anda tidak suka dengan kehadiran lalat di rumah anda? Jom ketahui teknik menghalau lalat di sini..

Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu terbang dan boleh menyebarkan penyakit, diisebabkan cara permakanan dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya.

Lalat juga adalah salah sejenis serangga perosak yang paling mudah dijumpai. Namun begitu, jenis lalat buah dan bunga tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit.

Kehadiran lalat pasti lalat merimaskan sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi ini. Selain bunyi yang dikeluarkan ketika terbang, ia suka menghinggap pada badan kita dan keadaan tersebut sangat menganggu.

Berikut adalah senarai petua bagaimana hendak menghalau lalat.

1) Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.

2) Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.

3) Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.

4) Ambik beberapa biji cili besar dibelah dua dan letakkan di atas meja.

5) Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.

6) Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.

7) Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.

Keberkesanan petua-petua di atas untuk menghalau lalat adalah sementara, sekiranya anda mengamalkan kebersihan luar dan dalam rumah, sudah pasti lalat tidak akan hadir di rumah anda. ‘Kebersihan yang bersih bermula daripada anda sendiri’. Jagalah kebersihan di kawasan anda agar anda tidak di timpa penyakit di kemudian hari.
 

Sarapan termurah

Jasin: Walaupun berdepan dengan kos bahan mentah yang semakin meningkat peniaga gerai di Kilometer 13, Jalan Bukit Tembakau di pekan Umbai, di sini, masih mengekalkan harga nasi lemak kukus dan secawan teh pada harga RM1.

Kedai makan milik Anuwar Mat Sani, 43, yang jaraknya hanya 15 kilometer dari Bandar Melaka itu menawarkan sarapan pada harga paling patut buat penduduk sekitar Umbai, malah peniaga itu mendakwa tidak pernah menaikkan harga sejak mula berniaga pada 2010.

Anuwar juga tidak lokek dan pemurah kerana sedia melayan kerenah pelanggan yang mahu menu seperti menambah telur goreng dan menukar kepada Milo ais kerana caj tambahan dikenakan hanya RM1.

Menurutnya, antara faktor dia tidak menaikkan harga nasi lemak disebabkan tidak mahu hilang daya penarik pelanggan ke kedainya selain beranggapan pelanggannya berhak mendapat harga yang sepatutnya untuk bersarapan.

Selain itu, katanya, harga murah itu ditawarkan kerana dia tidak perlu membayar sewa bulanan kedai kerana berniaga di premis miliknya sendiri sekali gus, mampu menyerap kos tambahan setiap kali berlaku kenaikan harga barang mentah di pasaran.

“Alhamdulillah, walaupun saya perlu menggaji tiga pekerja, saya masih mampu menawarkan harga minuman dan makanan berpatutan di kawasan ini,” katanya, di sini, semalam.

Menurut Anuwar, bagi sepinggan nasi lemak berlauk, setiap ketul ayam goreng dikenakan harga RM2 dan tambahan 50 sen bagi ayam masak sambal.

Katanya, bagi setiap minuman panas pula berharga 50 sen manakala minuman ditambah susu atau berais berharga RM1.

“Ramai yang tertanya-tanya mampukah saya meraih keuntungan pada harga begitu murah berbanding keadaan semasa.

“Tapi saya menyatakan cukuplah dengan keuntungan yang ada walaupun tidak banyak,” katanya.
Premis perniagaan milik anak jati kampung itu dibuka bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari dan ditutup pada hari Jumaat.

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/53781

Video: 10 perkataan annoying di media sosial


video-10-perkataan-annoying-di-media-sosial Lazimnya pengguna-pengguna media sosial akan menggunakan singkatan atau perkataan istimewa tatkala berbual di alam siber.

Netizen tegar akan memahami apakah maksud ‘terma- terma’ ini namun buat mereka yang tidak biasa dengannya boleh jadi binggung pula.

Ketahui antara 10 perkataan paling menjengkelkan, yang selalu digunakan oleh pengamal media sosial.



Sumber

Hari Ibu: 8 perkara yang diingini ibu anda




Tetapi tahukah anda apa sebenarnya pemberian paling berharga yang diingini seorang ibu? Kami senarai 8 perkara untuk anda yang mungkin masih mencari idea hadiah terbaik untuk ibu tersayang.

1. Menantu/cucu

Kalau anda masih bujang, tentu sekali ibu anda mahu melihat anda berkahwin, punya seseorang yang akan menjaga anda. Jika anda telah berumah tangga, ibu tentunya mahukan cucu untuk dimanjakan. Penat bagaimanapun melayan kerenah cucu, tetapi percayalah, kehadiran anak-anak anda akan buat ibu anda rasa sangat seronok!

2. Pujian ikhlas yang tak berakhir dengan permintaan


Kita selalunya akan puji ibu kalau nak sesuatu bukan? Apa yang anda tak tahu, ibu anda sebenarnya dah penat mendengar pujian tak ikhlas sebegitu.

3. Panggilan telefon bertanya khabar, bukan sekadar mengadu

Kalau telefon ibu, mesti nak tanya pendapat tentang lelaki, perempuan atau masalah kewangan. Ingat, walaupun dia ibu anda, tapi dia pun bosan apabila mendengar anda tak habis-habis bercerita tentang lelaki yang tak nak pun beristeri atau bersuamikan anaknya.

4. Berhenti merungut tentang kerja anda

Kalaulah ibu anda boleh cakap sesuatu, dia akan cakap "Matanglah sikit. Buat saja kerja dan jangan manja sangat!". Tetapi sebagai ibu, dia tentu tak nak anaknya kecil hati, jadi iyakan sahajalah.

5. 'Amukan' yang berakhir dengan permintaan maaf

Memang biasa untuk seorang anak mengamuk atau istilah bahasa Inggerisnya, throw tantrum. Biasanya apabila mengamuk, kita akan tunggu ibu mengalah dan pujuk kita. Sebenarnya ibu anda sangat mengharapkan anda yang mengalah, mengakui kesalahan dan minta maaf terlebih dahulu.

6. Pakai pakaian yang dibeli

Selalunya kita akan 'ditch' pakaian yang dibeli ibu kita, bukan? Kononnya tak up-to-date. Percayalah, ibu anda tahu anda tak suka. Apa yang diingininya adalah anda menghormatinya dengan memakai pakaian itu walau sehodoh mana pun ia.

7. Jangan buat permintaan apabila balik kampung

Asal balik kampung sahaja, macam-macam kita demand. Masak itu ini, tolong basuh baju, iron baju, kemas bilik, jaga anak dan macam-macam lagi. Helo, ibu anda bukan orang gaji okey?

8. Belanja dia tanpa rasa bersalah atau menyesal

Nak keluarkan duit RM100 belikan baju cantik untuk ibu, itu pun kita berkira. Kan bagus bila bawa ibu ke pusat beli-belah dan beritahu dia, "Mak nak apa, ambil saja!" Senang hati dia, kan?
Tentu ramai yang sibuk meraikan Hari Ibu yang jatuh hari ini. Antara pemberian yang biasa kita dengar diberi kepada ibu adalah bunga, makan tengah hari atau malam yang mewah, membeli-belah atau percutian.

foto : informasinya.com
Sumber

El, jejaka idaman Malaya


Drama Teman Lelaki Upahan dalam slot Akasia di TV3 telah pun menamatkan siarannya minggu lalu. Tetapi watak El atau Ezwan Lutfi, lakonan Ungku Ismail Aziz, terus menjadi sebutan ramai gadis di luar sana.

Watak El disifatkan ramai wanita sebagai lelaki idaman Malaya, bukan setakat punya wajah yang tampan, tetapi juga sifat peribadi yang dimilikinya boleh buat mana-mana wanita cair.



Kenapa agaknya El begitu digilai? Ada cara tak untuk lelaki lain menjadi lelaki yang digilai wanita seperti El?

Jawapannya, ada! Nak tahu? Teruskan membaca!

Jadilah lelaki yang romantik

Walaupun romantik kedengaran agak corny pada pendapat sesetengah orang, hakikatnya, women are sucker for this type. Tak ada wanita yang tak suka lelaki yang suka beri bunga, hadiah, ajak candle-lit dinner atau jalan-jalan tepi pantai. Tapi jangan melebih-lebih pula, nanti kami rimas!

Pandai bergurau dan menyakat



Lelaki pandai menyakat akan buat wanita rasa terhibur. Jangan risau kalau kami marah, sebab itu namanya marah-marah sayang. Mulut saja cakap sakit hati, sebenarnya suka!

Pandai memasak



Lelaki yang pandai memasak macam El adalah bonus berganda untuk wanita. Sesekali apa salahnya lari daripada stereotaip? Percayalah, lelaki yang sanggup ambil masa memasak akan buat si wanita rasa sangat dimanjakan!

Caring dan prihatin

When we talk, listen. Be there when we need you. Wanita secara semulajadinya memerlukan seorang lelaki yang boleh jadi kawan baiknya. You are there when we look back; someone we can rely on no matter what situation.


Kredit foto: says.com
 

Tip Menjaga Pokok Hiasan

Semakin ramai suka menghias rumah dengan pokok hiasan segar. Ini tabiat yang baik kerana aktiviti menanam pokok bukan saja mampu menghilangkan tekanan, malah ia juga dapat menyemai rasa cinta kepada alam sekitar. Sebagai permulaan anda boleh membeli pokok hiasan. Jika baru hendak memulakan hobi ini, sebaiknya pilihlah pokok yang mudah dijaga, tahan lasak dan cepat membesar.
Pastikan pokok yang dibeli sihat iaitu bebas dari sebarang penyakit dengan melihat ciri berikut:
  • Lihat keseluruhan pokok, adakah warnanya sekata dan tampak segar
  • Pastikan ada banyak tunas baru
  • Periksa tanah yang ada dalam pasu, adakah ia lembap, kering atau terlalu kering hingga terdapat rekahan kecil. Jika tanah terlalu kering, pilih pasu lain. Tanah terlalu kering tidak dapat memegang air dengan baik walaupun disiram. Siraman tidak dapat mengembalikan komposisi tanah yang asal
  • Periksa adakah akarnya tertanam sempurna
  • Tidak perlu membeli pokok hiasan dalam pasu (walaupun memudahkan anda) yang biasanya lebih mahal berbanding pokok dalam polibe
  • Pilih saiz pasu sesuai dengan ketinggian pokok dan pindahkan pokok dalam polibeg ke dalam pasu;
  • Caranya, bersihkan pasu, tutup lubang air pada pasu dengan meletakkan ketul batu atau serpihan pasu supaya tanah tidak keluar
  • Masukkan tanah hingga memenuhi satu per empat daripada ketinggian pasu. Taburkan baja dan gaul dengan tanah
  • Kemudian masukkan pokok yang paling tinggi di bahagian tengah. Tanam pokok yang lebih kecil mengelilinginya Gunakan jari untuk menggemburkan tanah pada bahagian akar
  • Tambah tanah hingga penuh atau sekurang-kurangnya dua sentimeter dari permukaan pasu. Siram -perlahan-lahan dan biarkan air menyerap hingga ke lapisan bawah
  • Jangan lupa beli piring alas pasu untuk mengelakkan air daripada membasahi rumah anda. Atau untuk lebih cantik, beli pasu hiasan yang lebih besar dan masukkan pasu asal di dalamnya
  • Jika mahu menggunakan semula pasu lama, pastikan ia dibersihkan dulu. Berus dan kikis semua tanah yang melekat pada pasu. Basuh pasu dengan air sabun hingga bersih dan biarkan ia kering dengan menjemur secara telangkup sebelum digunakan. Ia bertujuan menghalang bakteria, telur serangga perosak daripada berpindah dan menyerang pokok baru

5 Jamur Paling Beracun Di Dunia

5 Jamur Paling Beracun Di Dunia - Hayo siapa pecinta jamur? Makanan yang satu ini bisa diolah dengan cara digoreng, ditumis, dijadikan sate, dan berbagai panganan lezat lainnya. Jamur ini sebenarnya adalah tumbuhan yang tidak memiliki klorofil dan sifatnya heterotrof. Cara hidup secara alami dengan simbiosis mutualisme, namun belakangan ini jamur dibudidayakan sebagai bahan pangan, sehingga lebih banyak hidup di media tertentu.

Ternyata tidak semua jamur bisa dimakan. Jamur sebenarnya memiliki banyak jenis, bentuk, warna, aroma, dan kandungan kimiawinya berbeda-beda. Dilaporkan oleh environmentalgrafitti.com, ada beberapa jenis jamur yang sebaiknya tidak dikonsumsi karena mengandung racun. Bahkan saking berbahayanya racun tersebut, ia dapat membunuh orang yang memakannya.

Berikut adalah 5 Jamur Paling Beracun Di Dunia :

1. Jamur Conocybe


Jamur Conocybe atau dikenal juga dengan nama Pholiotina filaris. Jamur ini tersebar di Amerika dan tumbuh di antara rerumputan. Warnanya cokelat dan bentuknya seperti jamur pada umumnya, Ada seperti ikat pinggang yang menghiasi batang jamur. Seringkali orang salah mengenalinya sebagai Psilocybe. Jamur conocybe adalah jamur yang berbahaya karena mengandung racun yang dapat membunuh seseorang apabila dimakan. Tak peduli dengan cara apakah ia diolah, racunnya sangat mematikan.

2. Jamur Topi


Bentuk jamur ini sangat mirip seperti topi, terkadang tumbuh tunggal atau berkelompok. Jamur ini sangat cantik bentuknya dan cukup padat. Ia biasa tumbuh di benua Eropa dan Asia. Orang salah mengenalnya dan mengira ia adalah jamur merang, padahal ia mengandung racun yang berbahaya. Sekalipun dibekukan, dikeringkan atau direbus, racun pada jamur ini tidak berkurang khasiatnya. Apabila salah petik dan memasak, maka akan banyak korban yang mati karena mengonsumsinya.

3. Jamur Galerina


Jamur dari keluarga saprobic ini bentuknya cantik. Punya ukuran dan bentuk seperti jamur pada umumnya, tetapi khasiat racunnya mengancam jiwa. Apabila mengonsumsi jamur ini, maka seketika racun bernama a-amanitin akan merusak liver, ginjal serta sistem syaraf pusat di otak. Alhasil, akan muncul kematian mendadak dan nyaris tak terduga penyebabnya.

4. Jamur Morel


Jamur yang satu ini sering disebut jamur sponge karena bentuknya seperti sponge atau koral laut. Jamur ini berasal dari keluarga Gyromitra, warnanya cokelat pekat dan biasa tumbuh di batang kayu yang sudah lapuk atau sangat lembab. Jamur ini mengandung MMH atau Mono Methyl Hydrazine. Kabarnya zat tersebut dapat menyebabkan rasa mual, pusing, serta diare. Jamur ini juga dicurigai mengandung zat karsinogen yang dapat menyebabkan kanker. Pada beberapa kasus yang tidak tertolong, mereka yang mengonsumsinya bisa meninggal dunia.

5. Jamur Destroying angel


Warnanya sangat putih, bersih dan mempesona, sampai disebut sebagai jamur malaikat. Namun setelah diketahui bahwa ia beracun, maka orang-orang kerap menyebutnya sebagai destroying angel. Ia tumbuh nyaris di seluruh dunia, dengan kandungan racun yang disebut amatoxins. Setelah mengonsumsi jamur ini, liver dan ginjal akan mengalami kerusakan dalam beberapa waktu yang singkat. Dan beberapa jam kemudian, orang tersebut akan meninggal.

Sumber

5 Makanan Penyebab Insomnia

5 Makanan Penyebab Insomnia - Sering mengalami insomnia dan sulit tidur? Bisa jadi makanan penyebabnya! Seperti halnya ada makanan yang bisa membantu Anda tidur cepat, ada juga makanan yang membuat Anda susah tidur. Ahli diet Shelly Redmond, R.D, penulis Eat Well and Be Fabulous menyebutkan beberapa jenis makanan yang sebaiknya dihindari jika ingin tidur nyenyak berikut ini.

Berikut adalah 5 Makanan Penyebab Insomnia seperti yang dilansir oleh Women's Health Mag (05/11) :

1. Kafein


Semua orang tentu sudah mengetahui bahwa kafein bisa membuat Anda sulit tidur. Namun kafein tak hanya ada pada soda atau kopi. Beberapa minuman seperti teh atau obat-obatan juga mengandung kafein dan bisa menyebabkan insomnia. Jika Anda sensitif terhadap kafein, sebaiknya hindari minuman atau obat yang mengandung kafein. Setidaknya konsumsi minuman atau obat tersebut delapan jam sebelum tidur.

2. Alkohol


Banyak yang berpendapat bahwa alkohol bisa membantu tidur. Namun sebenarnya tidak benar. Alkohol memang membuat Anda tidur, namun kualitas tidur yang diberikan sangat rendah dan Anda akan sering terbangun di malam hari. Alkohol akan menurunkan kualitas tidur, sehingga meski tertidur Anda tak akan merasa lebih baik saat bangun.

3. Air


Air memang diperlukan oleh tubuh dan bisa membantu menjaga kesehatan atau menurunkan berat badan. Namun air bukan teman baik yang bisa dikonsumsi sebelum tidur. Anda akan sering terbangun di malam hari karena ingin buang air jika terlalu banyak minum air. Ini tak hanya mengganggu siklus tidur Anda, tetapi juga menurunkan kualitas tidur. Hindari konsumsi air satu jam sampai 90 menit sebelum tidur.

4. Makanan fermentasi


Makanan fermentasi mengandung zat yang bernama Tyramine. Zat ini bisa merangsang otak dan membuat Anda sulit tidur. Beberapa makanan yang mengandung fermentasi adalah keju, daging asap, ikan asap, dan lainnya.

5. Makanan dari tomat


Tomat mengandung banyak asam yang bisa membuat perut tak nyaman di malam hari. Karena itu, hindari makanan yang mengandung tomat atau makanan pedas untuk mencegahnya. Jika ingin makan makanan yang mengandung tomat, setidaknya konsumsi tiga jam sebelum tidur.

Nah, Itulah 5 Makanan Penyebab Insomnia. Mengonsumsi makanan di atas bisa mengganggu jam tidur serta kualitas tidur Anda.

Sumber : http://infounik-pintar.blogspot.com

10 haiwan terberat di dunia

Sepatutnya senarai 10 teratas haiwan paling berat di dunia ialah paus kesemuanya yang berlainan jenis. Tetapi untuk mevariasikan senarai, maka paus hanya mewakili yang terberat sahaja. Kemudian diikuti oleh Jerung Paus yang mewakili spesis ikan, kerana Paus bukannya ikan tetapi mamalia.

1 - Paus biru


Paus biru (Balaenoptera musculus @ Blue Whale) ialah haiwan terbesar dan terberat di dunia. Ianya bukan ikan tetapi mamalia, yang hidup di dalam air. Yang paling berat pernah diukur ialah 190,000 kg / 418,878 paun.

Panjang puratanya ialah 30 meter / 98 kaki.


2 - Ikan Jerung Paus


Ikan Jerung Paus (Rhincodon typus @ Whale Shark) adalah spesis ikan yang terbesar. Spesisnya yang terbesar pernah ditemui mempunyai berat 36,000 kg / 79,000 paun dengan panjang 12.65 meter / 41.50 kaki.


3 - Gajah Afrika


Gajah Afrika (African Elephant) merupakan spesis gajah terbesar dan haiwan darat yang terbesar di dunia. Berat puratanya ialah 5,000 kg / 11,023 paun.


4 - Gajah India


Gajah India (Elephas maximus indicus @ Indian Elephant) ialah satu dari tiga sub-spesis Gajah Asia. Berat puratanya ialah 4,000 kg / 8,818 paun.


5 - Badak putih


Badak putih (Ceratotherium simum @ White Rhinoceros) adalah satu dari 5 spesis badak. Berat puratanya ialah 2,200 kg / 4,850 paun.


6 - Badak air


Badak air (Hippopotamus amphibius @ Hippopotamus) adalah badak yang suka berendam dalam air. Berat puratanya ialah 2,000 kg / 4,409 paun.


7 - Zirafah


Zirafah (Giraffa camelopardalis @ Giraffe) ialah haiwan yang tertinggi di dunia, (padan dengan tengkuk dia saja). Berat puratanya ialah 1,200 kg / 2,646 paun.


8 - Buaya


Buaya (Crocodylidae @ Crocodile) ialah reptilia terbesar yang mendiami sungai. Berat puratanya ialah 1,100 kg / 2,425 paun.


9 - Gaur


Gaur (Bos gaurus) ialah spesis lembu terbesar yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gaur di Malaysia dipanggil sebagai Seladang. Berat puratanya ialah 900 kg / 1,984 paun.


10 - Bison


Bison juga adalah spesis lembu yang boleh didapati di utara Amerika dan juga di Eropah.  Purata beratnya ialah 800 kg / 1,764 paun.


[Wikipedia , thetravelalmanac.com, http://unikversiti.blogspot.com]

Duit Syiling Yang Terbesar dan Terberat Sekali di Dunia.



Masih terdapat keunikan  di Negara Mikronesia. Negara yang berada di kepulauan Lautan Pasifik ini, merupakan negara yang mempunyai keunikan yang tidak ada di negara lain di dunia.

Salah satu keunikan  yang ada di negara ini ialah, penggunaan mata wang batu untuk transaksi. Yap adalah salah satu pulau yang terkenal di Micronesia. Di pulau ini, penduduknya masih memegang sistem adat istiadat kerajaan. Salah satu tradisi yang masih dijaga adalah penggunaan wang batu.

Penduduk di sana biasa menyebut wang batu tersebut dengan nama Rai, yang mempunyai bentuk bulatan dengan lubang pada bahagian tengahnya. Umumnya Rai terbuat dari batu kalsit. Ada lima jenis wang batu yaitu Mmbul, Gaw, Fe 'atau Raid an Reng.

Wang batu ini mempunyai keunikan terutama pada saiz yang berbeza-beza, dari mulai yang paling kecil yakni berukuran 3.5 sentimeter, hingga yang terbesar dengan saiz 4 meter. Dengan saiz tersebut, Rai dinobatkan sebagai wang dengan saiz terbesar yang masih digunakan di dunia.

Adapun rupa bentuk mata wang ini tidak ditentukan hanya dari ukurannya saja, tetapi juga dari siapa yang memegangnya. Perkara tersebut mengingat di daerah ini sistem kasta masih berlaku, jadi Duit syiling batu yang dimiliki oleh raja akan selalu lebih berharga daripada wang batu yang dimiliki rakyatnya.

Besarnya nilai mata wang batu inipun ditentukan dari tahun pembuatannya. Wang batu yang dibuat dari masa ketika belum ada kapal-kapal besar, dinilai lebih berharga kerana bahannya lebih sukar didapatkan.

Uniknya lagi, sebahagian besar wang batu ini terutama yang bersaiz besar, dibiarkan saja terletak di luar rumah. Penduduk di sini pun tidak takut wangnya dicuri, kerana sudah belasan hingga puluhan orang untuk memindahkan wang seberat ratusan kilo hingga puluhan tan ini.







Sumber : http://zamrispoon.blogspot.com

Dikritik kerana ikat bayi pada stereng

dikritik-kerana-ikat-bayi-pada-stereng
TAIWAN, (MLP) - Seorang bapa mengundang kemarahan masyarakat apabila video dia mengikat anaknya yang baharu berusia sebulan di stereng keretanya viral di laman sosial.

Video itu dikatakan dirakam oleh ibu bayi tersebut.

Kejadian dirakam ketika Yong Liao, 39, berada di sebuah stesen minyak.

Selepas dikritik ramai, baharulah si ibu, Xia Lung, membuang video itu dari internet.

Pun begitu, jabatan kebajikan memaklumkan tiada tindakan akan diambil terhadap pasangan tersebut.

Ini kerana menurut pihak berkenaan, video itu tidak menunjukkan bahawa ibu bapa bayi tersebut mendatangkan kecederaan kepada bayi mereka. 
Sumber : http://news.mylaunchpad.com.my/news/world/article/articleid/646629/dikritik-kerana-ikat-bayi-pada-stereng

5 Perkara Yang Tidak sepatutnya di kongsi di Facebook


5 Perkara Yang Tidak Boleh Diposting Ke Facebook

1. Tarikh lahir anda dan keluarga

Anda pasti gembira apabila mendapat ucapan selamat ulang tahun dari teman-teman di Facebook. Tentunya hal itu membuat anda kagum ketika mengetahui bahawa banyak orang yang ingat dan cukup peduli dengan hari kelahiran anda.

Merujuk laman About Technology, Selasa (9/12/2014), masalahnya adalah hal itu memberikan peluang kepada hacker untuk mencuri identiti peribadi anda. Ada baiknya untuk tidak menyenaraikan tarikh lahir. Namun bila itu dirasa perlu, cukup cantumkan tahun kelahiran anda saja.



2. Status hubungan

Para ahli siber menyarankan kepada para pengguna internet untuk tidak menyenaraikan status hubungan di akaun media sosial mereka. Ini kerana, hal itu membolehkan penjenayah mengetahui apakah anda mempunyai pasangan atau tidak.

Jika anda mengubah status hubungan menjadi single, itu memberikan para stalker lampu hijau untuk mengekori anda. Perkara ini juga membolehkan mereka untuk mengetahui bahawa anda mungkin sedang sendirian di rumah.


3. Maklumat lokasi anda

Ada banyak orang yang suka dengan ciri location tagging di Facebook yang membolehkan mereka untuk membiarkan orang tahu di mana mereka berada. Masalahnya adalah bahawa anda baru saja mengatakan kepada semua orang bahawa anda sedang bercuti (bukan di rumah).

Jika anda memberikan maklumat berapa lama perjalanan percutian anda, maka itu sama saja membiarkan pencuri mengetahui berapa banyak masa yang mereka miliki untuk merompak rumah anda. Disyorkan untuk tidak memberikan maklumat di mana anda berada. Anda boleh meng-upload foto bercuti ketika anda tiba di rumah.

 
4. Maklumat sedang bersendirian

Banyak daripada ibu bapa yang tidak mahu orang tahu bahawa anak-anaknya sedang sendirian di rumah. Sekali lagi, jangan memberikan maklumat kepada orang lain bahawa anda sedang berada sendirian di rumah, lebih-lebih lagi melalui Facebook.

Anda mungkin berfikir hanya teman-teman yang melihat status anda. Namun jika akaun Facebook rakan anda telah di-hack, orang lain boleh melihat status anda. Alangkah baiknya untuk tidak membuat-posting status apapun yang tidak ingin orang asing mengetahuinya.

 
5. Foto dan nama anak

9 dari 10 ibu bapa membuat-posting nama dan tarikh lahir anak mereka ke Facebook setelah selamat bersalin di hospital . Mereka bahkan menghantar gambar anak-anak mereka dan men-tag-nya ke teman-teman, saudara serta saudara-mara mereka.

Maklumat ini sebenarnya sangat berisiko kerana membuka peluang bagi orang jahat untuk menculik anak anda. Untuk memudahkan tindakannya, mereka boleh menggunakan nama anak anda serta nama-nama saudara mara dan rakan-rakan anda untuk mendapatkan kepercayaan kepada pihak hospital .

Jika anda ingin memaklumkan-posting foto anak-anak anda ke Facebook, sekurang-kurangnya jangan memberikan maklumat identiti peribadi seperti nama penuh dan tarikh lahir anak. Kemudian jangan tag gambar anak ke teman-teman atau kerabat anda.

10 Smartphone Terbaik di Tahun 2014-2015

10. HTC Butterfly


HTC Butterfly, benar-benar stylish dan perangkat yang menakjubkan dengan layar HD 5 inci, dapat menangkap segala sesuatu dengan kamera lensa ultra wide, yang paling mengesankan dan layak dirancang Smartphone telah eksklusif built-in amplifier untuk Beats Audio dan software memungkinkan berselancar browsing lebih cepat dan memberikan hasil definisi tinggi untuk audio dan video. Membalas email dan men-download aplikasi secara bersamaan. 1,5 GHz prosesor Quad-core memiliki kinerja yang kuat dengan 16GB built-in mendukung hingga 32GB.

9. LG G3


LG G3 adalah Smartphone Android yang dirancang dengan unsur G2 seperti bezel layar yang tipis dan tombol volume, G3 terkenal dengan ponsel pintar pertama yang telah memasukkan quad layar HD (1440p) . LG G3 memiliki Layar 5,5 inci resolusi  2560 x 1440 piksel, menghasilkan gambar  sangat tajam dan  jelas. OS Android dengan RAM 2/3 GB dan 32GB built-in LG G2, memiliki kamera 13MP yang benar-benar menakjubkan dan luar biasa.

8. Sony Xperia Z3


Sony Xperia Z3 adalah ponsel pintar yang elegan dan bergaya dengan teknologi yang luar biasa dan tampilan yang bagus. Sony Xperia Z3 memiliki kemampuan tahan satu jam di air. Sony Xperia edisi ketiga memiliki ketahanan dan ponsel pintar yang tangguh, sekaligus cocok bagi para pebisnis. RAM 3GB , 16GB built-in (diperpanjang sampai 128GB), display HD dan multi-touch (melacak hingga 10 sentuhan simultan) meningkatkan kemampuan menyebabkan kinerja yang sangat baik. Z3 memiliki kamera 20.7 megapiksel auto fokus dengan LED flash dan prosesor quad-core 2.4GHz yang membuatnya benar-benar mengesankan dan sangat baik.

7. Samsung Galaxy Note Edge


Smartphone paling berkelas 'Samsung Galaxy Note Edge adalah begiu menggoda peminatnya dengan beberapa fitur tambahan seperti aplikasi di tepi bar, pemberitahuan log panggilan dan teks kamera yang terdapat pada bagian samping ponsel. Memili layar melengkung membuatnya lebih menarik, pada bagian tepi smartphone ini juga terdpata kontrol musik yang bisa anda gunakan dengan mudah, update jejaring sosial , cuaca, skor olahraga dan pastinya anda bisa atur sendiri. Tampilan Edge, layar membungkuk, dan logam kembali dengan OS android adalah penambahan yang luar biasa untuk menarik pelanggan dan memberikan beberapa tambahan dengan memori internal 32GB dan RAM 3GB.

6. OnePlus One


Mendengar namanya pasti masih asing di benak anda, ya... OnePlus merupakan produk pertama OnePlus Salah satu inovasi yang fantastis, langkah pertama Cina dengan smartphone yang paling dicari saat ini, mengejutkan sekali menjadi terkenal di mana-mana untuk desain brilian, desain dan penampilan. Perangkat OnePlus merupakan  kreasi yang besar. OnePlus One memiliki layar besar dan software yang begitu menakjubkan  bagi pengguna ponsel pintar. Fitur hebat lainnya hasil video  HD,  harga rendah, smartphone ini dibekali  memori internal 64GB. Wow....

5. HTC One-M8 


HTC One (M8) adalah memiliki kemiripin dengan sebelumnya tetapi ciri khas HTC generasi kedua ini  adalah tombol virtual, panel belakang, dan layar 5 inci . kamera dua pixel dengan dual LED flash yang ultra , kamera depan 5 megapiksel dengan tampilan yang tajam telah ditambahkan dalam perangkat ini dan hasil yang luar biasa. Spesifikasi intra lain seperti 2.3GHz dengan RAM 2GB dan prosesor quad core membuatnya lebih cepat. Android 4.4V serta  video layar HD dengan Kualitas yang fantastis. HTC selalu memberikan beberapa sedikit tambahan kepada pelanggan dan dibuktikan melalui HTC One (M8).

4. Nokia Lumia 930


Sebuah Smartphone eksklusif dan kuat dari pengembang Nokia Lumia 930 yang memiliki OS Microsoft Windows 8.1, memiliki teknologi terbaru, rapi dan desain sudut yang elegan . Dengan layar besar, sistem operasi canggih dan prosesor 2.2GHz yang cepat membuatnya ideal dan paling diinginkan telepon bagi pengguna  bisnis. Layar HD dan kamera kuat dengan paket penyimpanan di Cloud upto 7 GB tidak diragukan lagi adalah wrap yang sangat baik untuk dipakai. Mendukung 3G dan 4G dan browsing undisrupted dengan audio yang jernih / video terdengar benar-benar membuat anda melamun.  Windows Phone 8.1 serta built-in Microsoft Office suite melakukan hal-hal apa saja dan dimana saja.

3.  iPhone 6


iPhone 6 smartphone yang paling ditunggu sebelumnya, sebelumnya iPhone tidak pernah memproduksi layar besar , lebih cepat dan terbaik dari semua yang lain. Dua model dengan 4,7 inci dan 5,5 inci membuatnya lebih fleksibel di era saat ini. Keduanya memiliki iOS 8 dan prosesor quad core dengan kamera 8MP, gambar dan merekam video secara bersamaan merupakan daya saing yang patut di acungi jempol. Layar sentuh Crystal-kaca adalah inovasi yang luar biasa yang patut dipertimbangkan untuk membelinya.

2. Samsung Galaxy note 4


Samsung Galaxy note 4 adalah produk teknologi yang luar biasa dan benar-benar tinggi di tahun terakhir. Layar yang lebih besar Samsung Galaxy note 4 memiliki layar 5.7 inci HD, prosesor 2.7GHz dan 32GB built-in dengan warna pada bagian belakang terlihat cool dan kamera 16 megapiksel memberikan gambar yang berkualitas tinggi. Multitasking antarmuka.

1. iPhone 6 Plus


Setelah lama menunggu, akhirnya Apple telah secara resmi mengumumkan iPhone 6 Ditambah dengan layar 5,5 inci HD  dengan layar Retina yang sama mengesankan. iPhone 6 plus adalah yang terbaik yang ada dipikiran anda :), memiliki segala yang dapat dipertimbangkan dan melakukan semua hal yang ponsel pintar lakukan  tetapi dengan kecepatan yang lebih cepat, hasil yang lebih baik, memperhatikan tambahan dan dengan fleksibilitas lebih. sekarang  iPhone dipercaya dapat mengambil layar besar dengan banyak fitur yang menakjubkan dan tampilan yang elegan. Kapasitas menakjubkan 64 dan 128GB membuat gubrakan luar biasa.

Sumber : http://infounik-pintar.blogspot.com

6 fakta pelik mengenai makanan


6-fakta-pelik-mengenai-makanan
Lazimnya ramai yang gemar membaca pelbagai fakta mengenai makanan yang ideal untuk dinikmati ketika berada dalam mood diet.

Apa salahnya membaca beberapa info pelik tapi benar mengenai sesetengah makanan biasa yang mungkin anda tidak tahu.

Semua makanan yang dinyatakan termasuk dalam kategori selamat untuk dimakan, tetapi fakta-fakta ini boleh menyebabkan anda berfikir dahulu sebelum menjamahnya.

Jellybean



Jellybean mempunyai rasa yang enak dan datang dalam pelbagai perisa. Tahukah anda lapisan luarannya diperbuat daripada bahan yang dipanggil Shellac?

Shellac turut dikenali sebagai confectioner’s glaze, diperbuat daripada bahan buangan dikeluarkan oleh kumbang Lac betina yang berasal dari India dan Thailand. Dalam erti kata lain, ia diperbuat dari najis serangga.

Donut



Pernahkan anda terlihat bulu asing semasa menjamah donut atau bagel? Jangan terkejut kerana helaian tersebut tidak semestinya milik manusia, ia berkemungkinan datang dari serangga.

Health Canada ada menyediakan garis panduan bagi kebersihan am makanan, yang menggariskan berapa banyak bendasing mikrobiologi atau luaran boleh hadir sebelum ia dianggap sebagai satu isu keselamatan makanan.

Gelatin



Gelatin digunakan meluas dalam pembuatan pelbagai pencuci mulut seperti jelly powder, marshmallow dan beraneka kek. Gelatin melebur menjadi cecair bila dipanaskan dan mengeras apabila disejukkan.

Gelatin diperbuat daripada kolagen kulit haiwan dan tulang. Anda boleh melihat bentuk gelatin jika merebus tulang haiwan untuk membuat sup.

Gula-gula



Wax Carnauba yang biasanya terkandung dalam wax kereta turut digunakan dalam pembuatan gula-gula berperisa, gummy bears dan chewing gum. Wax Carnauba terhasil dari daun pokok kelapa Bogo yang berasal dari Brazil.

Ia juga sering digunakan bagi produk farmaseutikal sebagai salutan pada pil tablet untuk membantu pesakit menelan.

Jagung



Tahukah anda jagung merupakan salah satu bahan utama dalam bijirin sarapan, roti, chip kentang, nugget ayam serta kentang goreng?

Menurut Michael Pollan dalam bukunya yang berjudul The Omnivore’s Dilemma, lebih dari satu perempat purata barangan yang dijual di kedai runcit sebenarnya mengandungi bahan yang berasal dari jagung. Tak percaya? Periksa label makanan.

Pewarna makanan asli



Semak senarai ramuan dalam yogurt strawberi anda, pastinya bahan ‘pewarna asli’ tersenarai. Apa yang dimaksudkan dengan pewarna asli itu? Ia adalah Carmine yakni pewarna makanan merah yang dibuat dari badan serangga Cochineal yang dikeringkan dari Amerika Selatan atau Mexico.

Ekstrak Cochineal telah digunakan selama beribu-ribu tahun sebagai pewarna fabrik tetapi ia kini digunakan dalam makanan atau salah satu bahan dalam pewarna kosmetik.

Kredit gambar: techweekeurope, hdw, fastcompany, dallas-carpet-cleaning, bunkycooks, rangl, tumblr
 
Sumber : http://news.mylaunchpad.com.my/lifestyle-entertainment/article/articleid/644804/6-fakta-pelik-mengenai-makanan 

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.