Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 
Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

10 Perkara Ibu Bapa Mesti Soal Bila Kita Cakap "Saya Nak Kahwin"

  • 1. Dah cukup duit ke nak kahwin? Atau buat 'loan' bank?

    • Nak kahwin memang melibatkan perbelanjaan yang tinggi. Duit selalu menjadi isu yang paling penting dalam membina rumah tangga. Mana-mana ibu bapa pun mesti tak mahu tengok anak mereka terhimpit dengan hutang keliling pinggang.
  • 2. Bangun Subuh pun susah, nak jadi imam keluarga?

  • 3. Masak pun tak reti, nak kahwin?

    • Yelah, kalau tak reti masak macam mana nak siapkan makan minum suami dan anak-anak. Bukankah itu tanggungjawab seorang isteri?
  • 4. Quran dah khatam ke belum? Berapa kali?

    • Ini paling penting! Sebab ini menunjukkan sama ada seseorang itu ada asas agama atau tidak.
  • 5. Bilik pun macam "tongkang pecah", ada hati nak kahwin?

  • 6. Lepas kahwin nanti nak makan apa? Makan pasir?

    • Duit semua habis kat majlis perkahwinan yang meriah. Bila duit dah tak ada lepas kahwin, makan biskut marie cicah pasir jelah kot.
  • 7. Betul ke nak kahwin? Kucing tu pun mak kena ingatkan bagi makan.

    • Tanggungjawab sebagai suami isteri memang besar dan soal pemberian nafkah itulah yang paling utama. Jangan lupa bagi anak bini makan sudah la ya.
  • 8. Boyfriend/girlfriend asal mana? Kerja apa? Gaji berapa?

    • Kalau bakal menantu seorang doktor atau peguam, mesti dapat 'approval' terus. Silap-silap majlis perkahwinan pun mak bapak 'sponsor'.
  • 9. Lepas kahwin nak duduk mana? Jangan nak tumpang rumah orang (mertua) pulak.

    • Duit yang terkumpul sebelum kahwin tu janganlah habiskan terus kat 'wedding'. Rancang kewangan betul-betul dan pastikan boleh terus 'settle down' dengan pasangan lepas kahwin.
  • 10. Gelak yang sangat lama. Serius?

    • Agak-agak sentap tak kalau kena macam ni?

      Sumber

MENARIK! Apa Yang Bayi Fikirkan?

Kadang kala wajah bayi seolah-olah sedang memikirkan sesuatu yang ada di sekelilingnya. Sebenarnya sejak hari pertama dilahirkan, bayi baru anda sudah berfikir, menterjemah dan belajar tentang dunia sekelilingnya.

Renungan matanya sangat jujur. Dia seolah-olah sudah mengenali diri anda walaupun itu adalah renungan pertamanya. Banyak kajian menunjukkan bahawa bayi berfikir dan memproses imformasi sejak dalam kandungan lagi. Bayi dipengaruhi oleh benda yang dilihat, didengar dan dialami tetapi dia perlu belajar untuk memahami dunia di sekelilingnya.
-->
Ada beberapa cara yang anda boleh bantu bayi untuk memenuhkan fikirannya dengan pengalaman dan perasaan hebat tentang sebab dan akibat.

* Pada minggu-minggu pertama, bayi memerlukan interaksi fizikal daripada ibu bapa. Usap pipi, peluk, cium dan memeluknya dapat merangsang sel otak bayi untuk menghubungkan kaitan belaian kasih sayang daripada orang yang terdekatnya.

* Pengulangan adalah penting untuk merangsang memori anak. Nyanyikan lagu yang sama kepadanya berulang-ulang kali dan lakukan ia sebagai rutin harian.

* Kadang kala bayi kecil yang berjaya menemui tangannya sendiri berasa cukup fokus. Dia akan menghisap tangannya seolah-olah ia benda yang baru. Maksudnya dia sudah mengenali dunianya. Berikan dia mainan yang berwarna terang atau baringkan di di bawah playgym.

* Walaupun bayi bertindak balas untuk mengesan bunyi seperti bunyi loceng pintu, hakikatnya mereka lebih gemarkan suara manusia. Panggil nama bayi anda jika perlu meninggalkannya untuk seketika, itu akan membantu dia mengetahui yang anda masih ‘wujud’ di situ walaupun dia tidak nampak.

* Pegang bayi serapat mungkin agar dia boleh merenung wajah anda. Jelirkan lidah ke arahnya. Seketika kemudian, dia akan meniru tindakan anda. Bayi belajar bahagian mana di tubuhnya yang sama dengan tubuh anda.

* Bila anak menjatuhkan mainannya, tunjukkan padanya yang mainan itu masih ada di situ. Menjelang usia enam bulan dia akan mampu mencari mainan itu sendiri. Bermain sembunyi-sembunyi dengannya. Ini boleh menguatkan kepercayaannya bahawa walaupun anda tidak kelihatan tetapi anda ada di situ.


Sumber : pama.karangkraf.com

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.