Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

MENARIK! Apa Yang Bayi Fikirkan?

Kadang kala wajah bayi seolah-olah sedang memikirkan sesuatu yang ada di sekelilingnya. Sebenarnya sejak hari pertama dilahirkan, bayi baru anda sudah berfikir, menterjemah dan belajar tentang dunia sekelilingnya.

Renungan matanya sangat jujur. Dia seolah-olah sudah mengenali diri anda walaupun itu adalah renungan pertamanya. Banyak kajian menunjukkan bahawa bayi berfikir dan memproses imformasi sejak dalam kandungan lagi. Bayi dipengaruhi oleh benda yang dilihat, didengar dan dialami tetapi dia perlu belajar untuk memahami dunia di sekelilingnya.
-->
Ada beberapa cara yang anda boleh bantu bayi untuk memenuhkan fikirannya dengan pengalaman dan perasaan hebat tentang sebab dan akibat.

* Pada minggu-minggu pertama, bayi memerlukan interaksi fizikal daripada ibu bapa. Usap pipi, peluk, cium dan memeluknya dapat merangsang sel otak bayi untuk menghubungkan kaitan belaian kasih sayang daripada orang yang terdekatnya.

* Pengulangan adalah penting untuk merangsang memori anak. Nyanyikan lagu yang sama kepadanya berulang-ulang kali dan lakukan ia sebagai rutin harian.

* Kadang kala bayi kecil yang berjaya menemui tangannya sendiri berasa cukup fokus. Dia akan menghisap tangannya seolah-olah ia benda yang baru. Maksudnya dia sudah mengenali dunianya. Berikan dia mainan yang berwarna terang atau baringkan di di bawah playgym.

* Walaupun bayi bertindak balas untuk mengesan bunyi seperti bunyi loceng pintu, hakikatnya mereka lebih gemarkan suara manusia. Panggil nama bayi anda jika perlu meninggalkannya untuk seketika, itu akan membantu dia mengetahui yang anda masih ‘wujud’ di situ walaupun dia tidak nampak.

* Pegang bayi serapat mungkin agar dia boleh merenung wajah anda. Jelirkan lidah ke arahnya. Seketika kemudian, dia akan meniru tindakan anda. Bayi belajar bahagian mana di tubuhnya yang sama dengan tubuh anda.

* Bila anak menjatuhkan mainannya, tunjukkan padanya yang mainan itu masih ada di situ. Menjelang usia enam bulan dia akan mampu mencari mainan itu sendiri. Bermain sembunyi-sembunyi dengannya. Ini boleh menguatkan kepercayaannya bahawa walaupun anda tidak kelihatan tetapi anda ada di situ.


Sumber : pama.karangkraf.com

Comments :

0 comments to “MENARIK! Apa Yang Bayi Fikirkan?”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.