Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

HEBAT! iTray ganti pelayan restoran

iTRAY ini direka bagi meringankan bebanan pelayan restoran selain menjimatkan masa seseorang pelanggan untuk menunggu hidangan yang dipesan sampai ke meja mereka.

iTray ciptaan sebuah rangkaian restoran Yo! Sushi di London, Britain, menampilkan penggunaan dulang dilengkapi helikopter mini bagi mempercepatkan penghantaran makanan ke meja pelanggan. Alat canggih dikawal dengan iPad ini, mempunyai empat pemutar dan boleh bergerak sehingga 40 kilometer sejam atau enam kali lebih pantas daripada pergerakan pelayan biasa.
-->
CEO Yo! Sushi, Robin Rowland berkata dalam laporan MailOnline, pihaknya akan mempraktikkan penggunaan iTray di 64 cawangan restorannya di seluruh Britain bermula tahun depan.
-->
Sementara itu, pelayan restoran, Gabriella Micu, 28, berkata iTray menjadi salah satu tarikan kepada pelanggan yang mengunjungi Yo! Sushi selain mempercepatkan proses penghantaran makanan yang dipesan.

Comments :

0 comments to “HEBAT! iTray ganti pelayan restoran”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.