Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENJAGA ALAM SEKITAR

? Menggunakan sumber alam secara berhemah terutamanya penggunaan air dan elektrik. Sebagai contoh, air mandian dan basuhan boleh dikitar semula untuk menyiram pokok. Lampu dan peralatan elektrik lain perlu ditutup jika tidak digunakan


? Menggalakan orang ramai membuang sampah di tempat sepatutnya. Didik mereka untuk kitar semula dengan mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh seperti botol plastik, kaca, kertas dan sebagainya. Wujudkan tong sampah mengikut jenis-jenis bahan buangan tersebut.
-->
? Kumpulkan bahan-bahan buangan seperti tin aluminium dan surat khabar lama dan seterusnya dibawa ke pusat kitaran semula.

? Didik orang ramai membuat baja kompos daripada sisa makanan. Ia boleh digunakan untuk pokok bunga atau sayuran yang ditanam di halaman. Dengan ini, mereka akan turut dididik dengan konsep ? berbakti kepada tanah ".

? Majalah-majalah atau surat khabar lama boleh digunakan semula dengan cara mengumpulkan artikel-artikel tertentu untuk dijadikan scrap book atau ensiklopedia peribadi tentang topik yang diminati. Ia akan membantu menjana pemikiran.

? Terapkan sifat berjimat cermat seperti mengunakan semula barang-barang lama dan jadikan kraftangan seperti beg, selimut atau alas meja. Tin atau botol palastik pula boleh diubah suai menjadi tabung, bekas alat tulis atau arca.

? Pakaian anak-anak yang tidak lagi digunakan mungkin boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan atau anak yatim.

? Bawa beg sendiri untuk membeli belah

? Galakkan orang ramai menyertai program berkaitan dengan pemeliharaan alam sekitar.

Sumber maklumat,
Utusan Malaysia

Comments :

0 comments to “PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENJAGA ALAM SEKITAR ”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.