Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 
Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Aktor Fast & Furious teruja sambut Ramadan

LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT - "Ramadan al-Mubarak untuk semua  umat Islam di seluruh dunia, aku mencintaimu. Aku benar-benar mencintaimu!!! Insya ALLAH berkat untuk kamu dan keluargamu," demikian tulis Tyrese Gibson di akaun Istagramnya baru-baru ini.

Tyrese Gibson, 36,  antara aktor penting yang menjayakan filem sekuel Fast & Furious dilihat begitu teruja menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini.

Gibson dilaporkan sudah memeluk agama Islam sejak awal 2014. Dia mengambil keputusan itu selepas berkunjung ke Dubai.

Difahamkan dia ke sana untuk menghiburkan dirinya selepas kematian  Paul Walker. Di Dubai, Gibson sempat bergambar dengan mengenakan serban lengkap jubah berwarna putih. Setelah memeluk Islam, Gibson merasa dirinya  seperti manusia yang baru lahir.

Sementara itu menerusi video pendek Deen.com, Gibson dikatakan mendapat hidayah selepas dia menonton  sebuah filem pendek yang berjudul ' The Purpose of Life '.

Keputusan Gibson ini disambut baik oleh para peminatnya.

Sumber

Bintang Kanak-kanak Kecil dan Dewasa

Angus T. Jones - popular comedy, Two and a Half Men



Dewasa


Kanak-kanak


Jonathan Lipnicki - Stuart Little, The Little Vampire, and Like Mike.

Kanak-kanak

Dewasa

Macauley Culkin - Home Alone


Kanak-kanak


Dewasa

 Erik Per Sullivan - Dewey from Malcolm in the Middle

Kanak-kanak


Dewasa
 Adam Lamberg (Lizzie McGuire)





X-Files kembali selepas 13 tahun


x-files-kembali-selepas-13-tahun Berita kembalinya siri TV popular, X-Files, menjadi satu berita gembira buat penggemarnya di seluruh dunia.

Siri TV dengan latar sains fiksyen itu dijadualkan memulakan penggambaran 8 Jun ini. Walaupun telah 13 tahun ditamatkan, namun siri X-Files diingati sebagai antara siri paling ikonik dalam sejarah industri televisyen.

Mari kita lihat apa yang diketahui tentang X-Files returns setakat ini.

1. Akan tetap dibintangi teraju utamanya, Gillian Anderson dan David Duchovny. Malah Anderson merupakan orang yang membuka ruang kembalinya X-Files apabila memulakan tweet dengan hashtag #xfiles2015 pada bulan Januari 2015.

2. X-Files akan bersiaran musim luruh ini di Amerika Syarikat di saluran Fox, sebanyak enam episod.

3. Penulis lakon layar Chris Carter, yang bertanggungjawab dalam penghasilan X-Files selama 9 musim sebelum ini, kembali memegang peranan yang sama.

4. Harapan peminat untuk melihat dua watak utamanya, Scully dan Mulder bersatu, mungkin tidak kesampaian. Duchovny, dalam satu temuramah memberitahu, hubungan mereka "bukan seperti ketika siri berkenaan tamat".

5. X-Files sebelum ini bersiaran selama 9 musim, dari tahun 1993 hingga 2002.

Sumber

CSI melabuhkan tirai selepas 16 tahun


Program penyiasatan popular CSI: Crime Scene Investigation pernah mencipta fenomena sekitar sedekad lalu. Siri televisyen yang berkisar mengenai para penyiasat lokasi jenayah, berusaha menyelesaikan kes pembunuhan ini bakal melabuhkan tirai selepas 16 tahun bersiaran.

Siri drama jenayah ini akan ditamatkan sementelah episod terakhir musim ke-15 disiarkan serta diikuti filem istimewa bagi menyimpulkan jalan ceritanya.

Filem khas itu akan disiarkan pada 27 September 2015 di Amerika Syarikat dan dikhabarkan sepanjang dua jam. Filem ‘perpisahan’ itu akan turut akan menampilkan para pelakon asal seperti William Petersen dan Marg Helgenberger.

Para peminat CSI berpeluang menyaksikan penyelia terdahulu kumpulan CSI iaitu Gil Grissom dan pembantunya, Catherine Willows beraksi semula selepas meninggalkan siri itu beberapa tahun lalu.

William Petersen menjadi peneraju siri CSI pada sembilan musim awal sebelum diambil alih Marg Helgenberger sehingga musim ke-12.

“Sememangnya kami amat bersedih dengan keputusan ini,” ujar Nina Tassler, Pengerusi CBS Entertainment dalam kenyataan rasmi laman syarikat itu.

Drama ikonik ini mempunyai 3 siri spinoff dalam tempoh 16 tahun. CSI: Miami bertahan sehingga musim ke-10, CSI: NY (9 Musim) dan CSI: Cyber mula ditayangkan pada Mac tahun ini.

CSI pernah dinobatkan sebagai salah satu drama siri paling popular dengan jumlah penonton melebihi 73.8 juta di seluruh dunia. Pada tahun 2012, CSI diangkat sebagai siri televisyen paling popular di dunia buat kali kelima di Festival Televisyen Monte-Carlo.

Kredit Gambar: telestrekoza
 

Fakta mengenai Marvel yang tidak diketahui umum


25-fakta-mengenai-marvel-yang-tidak-diketahui-umum
Siapa sangka bahawa adiwira boleh dianggap sebahagian daripada pelopor industri perfileman moden masa kini?

Filem-filem yang menampilkan karekter superhero sentiasa memperoleh reaksi positif malah mendapat kutipan yang memberangsangkan.

Sejak kejayaan filem pertama Marvel Cinematic Universe pada tahun 2008, syarikat penerbitan komik itu kian dikenali dunia dan tidak termaktub kepada pengeluaran bahan bacaan sahaja.

Ketahui 25 fakta mengenai Marvel dan dunia fiksyen rekaannya yang tidak diketahui umum:

(Foto: flickr JD Hancock)

Doctor Doom menjadi inspirasi utama dalam rekaan watak ikonik Star Wars iaitu Darth Vader.

(Foto: Den of Geek)

Meskipun bekerja di bawah Marvel selama 60 tahun, tahukah anda bahawa Stan Lee pernah memfailkan saman terhadap syarikat itu? Stan Lee dikatakan kecewa apabila mendapat tahu sebahagian keuntungannya tidak diberi Marvel.

(Foto: Elciudadano)

Sekitar tahun 1990an, Michael Jackson pernah mencuba untuk membeli Marvel, kerana dia mahu melakonkan watak Spider-Man dalam filem terbitannya sendiri.

(Foto: Facebook HugoHugo)

Amerika Syarikat mempunyai undang-undang mengenai pengimportan alat permainan yang menyerupai manusia. Kadar cukainya agak mahal. Marvel berjaya menyakinkan mahkamah bahawa permainan figura X-Men keluaran mereka adalah mutan dan tidak seharusnya dikenakan cukai.



(Foto: Comic Vine)

Ada sebuah keluaran istimewa komik Punisher pada tahun 1995 berjudul ‘The Punisher Kills The Marvel Universe’. Dalam isu tersebut, the Punisher membunuh kesemua superhero dan villain dalam dunia Marvel termasuk dirinya sendiri.

(Foto: Comic Vine)

Semasa sesi produksi filem the Avengers, krew tidak dapat merakam bunyi ngauman Hulk yang bagus. Lantas mereka menggunakan rakaman lama Lou Ferrigno yang pernah melakonkan Hulk pada 1977.

(Foto: Comic Vine)

Biarpun pelik tetapi Marvel mempunyai seorang superhero yang dipanggil Squirrel Girl. Dia pernah mengalahkan Doctor Doom dengan membanjiri kapal terbangnya dengan sekawanan tupai.

(Foto: Comic Vine)

Marvel dan DC comics pernah berganding bahu dan mencipta sebuah komik Amalgam bersama pada tahun 1996. Maka wujudnya watak-watak seperti Darkclaw (Batman + Wolverine), Super Soldier (Superman + Captain America) dan Iron Lantern (Green Lantern + Iron Man).

(Foto: Pixshark)

Percayakah anda wujudnya superhero yang dipanggi Throg? Throg adalah seekor katak yang mempunyai kuasa Thor dan beraksi dalam kumpulan dipanggil Pet Avengers.

(Foto: Marvel)

Apabila diperkenalkan buat kali kedua, karekter Nick Fury direka menyerupai pelakon Samuel L Jackson tanpa pengetahuannya. Apabila menyedari persamaan tersebut, Samuel menghubungi Marvel dan memastikan bahawa dia akan dapat melakonkan karekter itu dalam adaptasi layar perak filem-filem Marvel.

(Foto: Comic Vine)

Marvel pernah menerbitkan komik berjudul  Spider-Ham pada tahun 1983. Ianya adalah Spider-Pig yang bernama Peter Porker.

(Foto: RevafallArts)

Tahukah anda, penjahat dalam komik Spider-Man iaitu Venom adalah idea asal oleh peminat yang dibeli Marvel dengan harga USD200?

(Foto: Dorkly)

Selain bekerja untuk Marvel, Stan Lee pernah menulis 15 isu DC comics. Siri tersebut menampilkan Stan Lee membuat rendisi tersendirinya mengenai adiwira DC termasuklah Batman, Superman, Wonder Woman dan lain-lain.

(Foto: Comic Vine)

Pada tahun 2002, seorang budak lelaki berusia 4 tahun tidak mahu memakai alat bantuan pendengaran kerana adiwira tidak memakainya. Justeru, Marvel mencipta satu superhero yang perlu memakai alat tersebut dipanggil Blue Ear.

(Foto: Comic Vine)

Deadpool (Wade Wilson) sebenarnya dicipta sebagai satu ejekan terhadap karekter DC iaitu Deathstroke (Slade Wilson).

(Foto: Comic Vine)

Organisasi Planned Parenthood pernah bekerjasama dengan Marvel dan mengeluarkan edisi komik Spider-Man yang sangat pelik. Isu yang diterbitkan pada 1970 itu berkisar mengenai usaha menghalang para remaja dari melakukan seks tanpa perlindungan.

(Foto: Comic Vine)

Mr. Immortal adalah watak ciptaan Marvel yang tidak mempunyai kuasa istimewa kecuali immortality (hidup kekal abadi). Mr. Immortal pernah dibunuh dengan pelbagai cara seperti ditembak, dilemaskan, ditikam, mati lemas, dihancurkan, kebuluran, dehidrasi, meletup, diracun, dipancung, terdedah radiasi dan dibakar.

(Foto: Comic Vine)

Dalam dunia rekaan Marvel, ada sebuah syarikat yang dipanggil Damage Control. Organisasi itu mengkhusus membersihkan masalah dan keadaan kucar-kacir yang dibuat superhero dan para villain.


Spider-Man mengahwini Mary Jane pada tahun 1987. Marvel membuat satu acara bagi tujuan publisiti  yang menampilkan pelakon berpakaian seperti Spider-Man dan Mary Jane, berkahwin di Stadium Shea.

(Foto: Comic Vine)

Rapper Eminem juga adalah satu karekter dalam dunia Marvel!

(Foto: Comic Vine)

Iron Man diilham oleh Stan Lee sebagai satu cabaran untuk mencipta adiwira yang tidak akan disukai oleh para peminat.


Marvel mengumumkan pada 2003 bahawa mereka bercadang untuk menerbitkan edisi khas komik berjudul ‘Di Another Day’. Koleksi yang dikhabarkan sebanyak 5 bahagian itu menampilkan Diana, Puteri Wales yang hidup semula sebagai mutan dan mempunyai kuasa luar biasa.

(Foto: Marvel)

Jika anda tertanya mengapa Spider-Man tidak tersenarai dalam fasa pertama dan kedua filem Avengers adalah kerana Marvel menjual hak perfileman kepada Sony. 
 

Ulasan filem: Avengers Age of Ultron


ulasan-filem-avengers-age-of-ultron
Aura adiwira dibawa ke layar perak tidak menunjukkan sebarang tanda untuk melabuhkan tirai.

Filem Avengers: Age of Ultron adalah filem ke-11 dalam francais Marvel Cinematic Universe yang bertindak selaku filem penutup fasa kedua siri filem itu.

Age of Ultron merupakan sekuel secara tidak langsung kepada filem Captain America: The Winter Soldier (2014) dan Marvel's The Avengers (2012) secara kronologi.

Filem superhero adaptasi dari koleksi buku komik keluaran Marvel ini sekali lagi menyaksikan penglibatan Joss Whedon yang bertindak selaku pengarah dan penulis skripnya.

Sinopsis

Pasukan Avengers sekali lagi berdepan dengan krisis melibatkan keamanan dunia. Selepas berjaya mendapatkan semula cokmar Loki, Tony Stark/Iron Man (lakonan Robert Downey Jr) dan Bruce Banner/The Hulk (Mark Ruffalo) bergandingan untuk mencipta satu ‘kecerdasan buatan’ untuk melindungi dunia.



Namun, entiti yang dinamakan Ultron ini terpesong dek kompleks keadilan dan kemudiannya mempunyai misi tersendiri untuk menghapuskan kumpulan adiwira itu.

Bersama-sama dengan Steve Rogers/Captain America (Chris Evans), Thor (Chris Hemsworth), Black Widow (Scarlett Johansson) dan Clint Barton/Hawkeye (Jeremy Renner) mereka harus menghentikan rancangan Ultron sekaligus melindungi pemilikkan Infinity Stone dari anasir jahat.

Taruhan Kelainan

Filem aksi sepanjang 141 minit ini berlandaskan bajet besar iaitu USD250 juta. Dibayangi oleh kemantapan filem terdahulunya, ternyata banyak aspek filem yang perlu dititik-beratkan bagi mencapai satu tahap yang baru bagi sebuah filem superhero.

Penceritaan Age of Ultron diolah agar menjadi sekata kerana adalah sukar untuk mengabung beberapa aksara ikonik yang mempunyai peminat tersendiri dalam satu filem yang besar.



Penambahan elemen lucu, konflik dalaman serta penekanan terhadap emosi dan latar belakang karekter boleh dikatakan memuaskan lantas membuatkan Age of Ultron satu cereka yang menarik dan tidak cliché.

Menawarkan kelainan dari kebanyakan filem aksi superhero, sebahagaian besar produksi perfileman berlaku di Fort Bard, Itali yang digunakan bagi mengambarkan negara rekaan, Sokovia.

Lazimnya filem berbajet besar memilih bandaraya utama dunia sebagai latar perfileman, tetapi filem kedua Avengers ini memilih Johannesburg (Afrika Selatan), Seoul, England dan Chittagong di Bangladesh sebagai lokasi penceritaan.

Perlebaran Dunia Marvel

Age of Ultron turut menyaksikan pertembungan dunia adiwira mutan menerusi perkenalan karekter Pietro Maximoff/Quicksilver dan Wanda Maximoff/Scarlet Witch yang masing-masing dilakonkan oleh Aaron Taylor-Johnson dan Elizabeth Olsen. Quicksilver dan Scarlet Witch adalah watak yang mula-mula diperkenal dalam dunia X-Men.

Penambahan beberapa karekter popular dari siri komik Marvel membantu mewarnai dan mengimbangi penekanan terhadap watak-watak lama yang berkemungkinan mencapai tahap membosankan.

Kemunculan beberapa cameo intimewa dari karekter-karekter filem terdahulu Marvel Cinematic Universe menjadikan Age of Ultron tampak lebih menarik.

Antara babak-babak yang pastinya menjadi ingatan tentunya perlawanan berskala besar diantara Iron Man dan Hulk. Beberapa babak pertembungan antara kumpulan Avengers dan tentera Ultron juga mampu membuatkan audien terpegun.



Avengers: Age of Ultron adalah contoh sempurna buat filem blockbuster yang digarap untuk memuaskan para penggemar filem aksi masa kini. Walau bagaimanapun, mungkin sukar untuk filem ini mencapai status klasik moden sebagaimana filem pertama dahulu.

Barisan pelakon: Robert Downey Jr, Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Chris Evans, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Aaron Taylor-Johnson, Elizabeth Olsen, Paul Bettany dan James Spader.

Rating: 4/5
 

35 Gambar Kartun Doraemon Versi Edited

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.