Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 
Showing posts with label Panduan / Tips Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidil Fitri. Show all posts
Showing posts with label Panduan / Tips Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidil Fitri. Show all posts

4 cara melancong dengan hanya satu beg


4-cara-melancong-dengan-hanya-satu-beg
Siapa tidak suka melancong? Memang setiap manusia mahu mengembara dunia ini dengan orang tersayang. Tetapi, melancong dengan bilangan beg yang banyak memang melecehkan! Daya tenaga dan minat untuk melawat tempat menjadi tipis kerana penat membawa beg. Sebenarnya, satu beg sudah mencukupi jika anda tahu caranya. Bukan sahaja ringan, tetapi anda boleh melancong dengan lebih bergaya. 

Nak tahu apakah caranya? Baca 4 tips kami untuk melancong dengan hanya satu beg!

Gulung pakaian anda!
Ramai yang tidak tahu cara yang betul untuk menyusun pakaian mereka di dalam beg. Jadi, ia menyebabkan mereka mengembara dengan lebih dari satu beg. Jangan lipat pakaian anda, tetapi gulung sampis habis! Berbanding kaedah melipat, menggulung pakaian-pakaian akan dapat memanfaatkan ruangan beg dengan lebih baik.

Pilih beg yang sesuai

Pemilihan beg yang sesuai adalah perkara penting bagi pelancong. Beg harus dipilih mengikut destinasi pelancongan anda bagi keselesaan badan. Sebagai contoh, jika anda bercadang untuk mendaki bukit atau ‘camping’, beg galas atau 'backpack' adalah beg yang paling sesuai untuk digunakan. Hal ini kerana, beg ini tidak perlu dipegang sepanjang hari.  

Bukan itu sahaja, belilah beg yang mempunyai komponen yang banyak. Hal ini kerana, anda boleh mengasingkan pakaian yang sudah dipakai dan anda juga boleh menyimpan barangan –barangan kecil anda seperti ubat gigi, syampu dan sebagainya.  

Bawa pakaian yang senang padan
Jangan lupa bawa pakaian yang senang padan. Dengan cara ini, anda tidak perlu membawa helaian pakaian yang banyak malah boleh dipakai berulang kali. Jeans merupakan pakaian yang senang dipadan dan boleh digunakan untuk beberapa hari. Jangan risau, kini trend warna bukan lagi masalah. Sebagai contoh, gaun panjang yang boleh dipakai dengan blazer untuk acara formal dan juga boleh dipakai secara kasual, tanpa blazer. 

Beg khas bagi dokumen penting

Bagi keselamatan diri, anda dinasihati untuk mengasingkan dokumen penting seperti passport, beg dompet, telefon bimbit ke dalam beg yang lain. Beg silang yang kecil adalah pilihan yang baik untuk menyimpan dokumen tersebut. Cara ini akan memudahkan perjalanan anda tanpa perasaan risau.

Kredit Gambar: Wanista

Tips Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidil Fitri

Dalam keghairahan orang ramai untuk pulang ke kampung, beberapa tindakan atau langkah pencegahan haruslah diambil untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kali ni aku nak kongsi panduan / tips sebelum pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidil Fitri.
Maklumkan kepada jiran/polis
Pastikan sebelum korang nak balik kampung tu berpesan-pesanlah dekat jiran untuk tengok-tengokkan rumah kita. Sebab tu lah pentingnya semangat berjiran ni kan. Kalau jiran pun pakat-pakat balik kampung jugak, bolehlah maklumkan dekat balai polis yang berhampiran berapa hari korang takda dekat rumah. Dapatlah polis buat rondaan kalau ada yang maklumkan dekat dorangkan.

Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci
Sebelum korang berangkat untuk pulang, sila pastikan sekali lagi bahawa semua pintu dan tingkap telah dikunci terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah. Pastikan korang menggunakan kunci yang baik dan tidak uzur. Cara ini merupakan langkah yang terpenting  sekali dan berkesan untuk mengelakkan rumah dipecah masuk.

Serahkan kunci pendua kepada orang yang anda percaya
Perkara yang selalu dipandang remeh oleh kebanyakan orang adalah dengan meletakkan kunci di bawah alas kaki ataupun di dalam pasu bungan. Sebenarnya cara sebegini memudahkan lagi tugas pencuri untuk masuk ke rumah korang. Jadi, jangan sesekali meninggalkan kunci rumah di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga dan sebagainya.

Hentikan langganan akhbar/majalah
Ini bagi mengelakkan pencuri dapat mengesan ketiadaan korang dekat rumah. Kalau dah surat khabar takda orang ambil dekat luar tu, mestilah pencuri akan tahu rumah berpenghuni atau tidakkan. Disamping tu juga dapatlah berjimat sebab tak payah langgan dalam tempoh kita bercuti tu.

Matikan semua suis dan gas
Bagi menjaga keselamatan harta benda korang, silahlah periksa peralatan dekat rumah tu bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. Kepala gas tu boleh la ditanggalkan supaya tidak berlaku sebarang kebocoran pada gas tersebut.

Elakkan memasang lampu luar
Sebelum keluar rumah, elakkan daripada memasang lampu luar. Ini kerana lampu luar yang menyala di siang hari menandakan penghuni tiada di rumah.

Berdoa untuk kesejahteraan bersama
Sebagai umat islam wajiblah kita berdoa kepada-Nya supaya mudah dipermudahkan segala urusan kita. Jadi, sebelum keluar rumah tu, berdoalah untuk memperoleh keberkatan.

Sumber : hazminhamudin.com

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.