Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 
Showing posts with label perubatan. Show all posts
Showing posts with label perubatan. Show all posts

Selfie sebagai kesedaran kanser kulit


selfie-sebagai-kesedaran-kanser-kulit
Menangkap gambar selfie bukan lagi aktiviti masa senggang di media sosial sahaja, kini ada yang menangkap selfie bagi tujuan kesedaran perubatan.

Seorang wanita mengambil gambar selfie bagi mengingatkan orang ramai bahawa aktiviti menggelapkan kulit atau proses tanning boleh menyebabkan kanser kulit.

Tawny Willoughby yang berasal dari Alabama telah didiagnos menghidap kanser kulit sebanyak enam kali sejak enam tahun lalu.

Jururawat berusia 27 tahun ini gemar berkunjung ke salon tanning dan menggelapkan kulit, bukan dengan cara berjemur bawah cahaya matahari tetapi menggunakan mesin tanning elektronik.

Aktiviti itu bermula semenjak menuntut di sekolah menengah lagi dan dilakukanya sebanyak empat hingga lima kali seminggu.

Ibu muda ini mula-mula bertemu pakar dermatologi semasa berusia 21 tahun. Pada mulanya, walaupun sebahagian kulit yang boleh menyebabkan kanser telah dibuang namun penyakit itu tidak terus hilang.

Selama enam tahun, Tawny telah didiagnosis dengan sel karsinoma basal sebanyak lima kali dan sel karsinoma skuamus sekali.

Setiap kali bertemu doktor pakar, dia perlu menjalani prosedur menyakitkan untuk membuang kanser dari kulit seperti Curettage dan Electrodessication, Cryosurgery, Surgical Excision dan Photodynamic Therapy (PDT).

Tawny kemudiannya memuat naik gambar kulit mukanya di laman Facebook bagi menimbulkan kesedaran bahawa bahayanya aktiviti tanning jika tidak dilakukan dengan cara yang betul.

Menurut kenyataan Tawny di laman Facebooknya, menyapu losyen atau pelindung matahari adalah satu kemestian jika mahu melakukan aktiviti menggelapkan kulit.

Gambar itu telah dikongsi lebih 67,000 pengguna Facebook yang rata-ratanya memuji tindakan berani Tawny.

Kredit gambar: Facebook
 

Doktor tertinggal telefon bimbit dalam perut pesakit ketika pembedahan


doktor-tertinggal-telefon-bimbit-dalam-perut-pesakit-ketika-pembedahan Seorang pakar sakit puan di Jordan didakwa tertinggal telefon bimbitnya dalam abdomen pesakit semasa pembedahan Caesarean bulan lepas.

Hanan Mahmoud Abdul Karim, 36, dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Amman untuk pembedahan Caesarean pada 24 April, lapor Gulf News.

Difahamkan, atas kecuaian pakar perubatan, telefon bimbit milik doktor berkenaan dijahit bersama semasa membantu pesakit itu melahirkan anak.

Menurut ibu pesakit, Majeda Abdul Hamid, 36, selepas Hanan melahirkan seorang bayi lelaki seberat 4.8 kilogram, dia telah dibawa pulang ke rumah atas kebenaran pakar perubatan.

Tetapi, keadaan menjadi teruk apabila Hanan berada dalam kesakitan setiap hari.

“Anak saya mengalami kesakitan perut yang teruk sehingga dia tidak dapat bergerak.

Saya bergesas kembali ke hospital itu bersama Hanan tetapi mereka memberitahu tidak ada sebarang komplikasi dalam perutnya,” kata Majeda.

Hanan kemudian dibawa ke hospital awam Al Bashir dan pakar perubatan di hospital itu mendedahkan imej objek asing di dalam perutnya semasa pemeriksaan X-ray sebelum dibedah keluar dari perut pesakit.

Kes ini hangat diperkatakan sehingga dibicarakan di Parlimen Jordan, dan seorang ahli parlimen Salim Al Bataynah menggesa Menteri Kesihatan Jordan untuk meletakkan jawatan berikutan skandal yang memalukan ini.

"Parlimen perlu menunjukkan tanggungjawab atas kes ini,” kata Salim.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Jordan, Hatem Al Azrae pula berkata, tuduhan ini ‘tidak berasas dan palsu’, namun menyatakan pihak Kementerian akan menyiasat kes ini.


Sumber

Wanita koma lahirkan bayi


OMAHA, Nebraska – Sekumpulan doktor di sini mencipta sejarah tersendiri baru-baru ini apabila berjaya membantu kelahiran seorang bayi meskipun ibunya telah tujuh minggu koma selepas mati otak.

Wanita tersebut, Karla Perez, 22, sebelum ini disahkan mengalami intracranial haemorrhage atau mati otak selepas mengadu sakit kepala dan jatuh pengsan di rumahnya di Waterloo pada awal Februari lalu.

Keluarga Perez telah memohon doktor di Hospital Wanita Methodist tersebut supaya berusaha menyelamatkan bayi yang berusia 22 minggu dalam kandungannya.

“Keadaan bayi Perez adalah baik, namun usia kandungan itu terlalu awal untuk dia dilahirkan.

Selepas mendapat persetujuan daripada keluarga Perez, kandungannya dijaga sehingga bayi tersebut mencapai usia matang untuk dilahirkan secara pembedahan Caesarean,” ujar salah seorang doktor yang merawat Perez, Dr. Andrew Robertson.

Bayi perempuan Perez yang diberi nama Angel itu lahir dengan berat 1.26 kilogram, manakala mesin sokongan hayat ibunya ditutup dan dia meninggal dunia selepas itu. – Agensi

Kunyah rambut seberat dua kilo

kunyah-rambut-seberat-dua-kilo
CHINA, (MLP) – Seorang doktor di China mengeluarkan gumpalan rambut seberat dua kilogram dari perut seorang kanak-kanak, minggu lalu.

Liuniu Liang, lapan, dibawa ke hospital oleh ayahnya selepas menyedari anaknya semakin kurus.

Menurut pihak doktor, gumpalan rambut yang ditemui dalam perut Liuniu menyekat sistem penghadaman dan ia menyebabkan dia tidak boleh makan.

Menurut bapanya, Cai Liang, 36, mereka sering melarang Liuniu mengunyah rambut tetapi tidak menyangka gumpalan rambut akan terkumpul di dalam perutnya. 

Kanak-kanak itu dikatakan tinggal bersama datuk dan neneknya di Zhoukou sementara ibu bapanya bekerja di luar kawasan. 

Menurut doktor, Liuniu mungkin mengunyah rambut kerana tertekan tidak dapat berada di samping ibu bapanya. 

Menurut ibu Liuniu, hanya selepas dirujuk ke hospital doktor menemukan benda asing dalam perutnya. 

Walau bagaimanapun, rambut ini berjaya dikeluarkan dan Liuniu kini berada dalam keadaan sihat.

Doktor berjaya lakukan pemindahan zakar pertama di dunia


doktor-berjaya-lakukan-pemindahan-zakar-pertama-di-dunia AFRIKA SELATAN, (MLP) – Pertama kali di dunia, satu pembedahan pemindahan zakar berjaya dilaksanakan oleh sekumpulan doktor ke atas seorang lelaki berusia 21 tahun.

Memetik laporan Sun, Profesor André van der Merwe mengetuai sekumpulan ahli pakar bedah yang melaksanakan pembedahan itu dengan sempurna pada Disember tahun lalu.

Profesor André merupakan ketua divisi urologi di Universiti Stellenbosch. Beliau dan pasukannya berjaya membuktikan kemampuan mereka memberikan organ yang sama baik seperti yang dimiliki oleh pesakit sebelum ini.

Pesakit berkenaan dilaporkan telah kehilangan zakarnya tiga tahun lalu akibat satu ritual berkhatan secara tradisional yang dilakukan di Afrika Selatan.


‘Akibat dari prosedur sedemikian, ramai lelaki kehilangan zakar mereka setiap tahun akibat komplikasi selepas menjalani upacara khatan,’ ujar Profesor André.

Berdasarkan reaksi, pesakit terbabit amat gembira dengan zakar barunya yang dijangka akan berfungsi sepenuhnya dalam tempoh masa dua tahun.

‘Kami sendiri terkejut melihatkan tindak balas yang positif dalam tempoh beberapa bulan selepas pembedahan. Kami memjumpai padanan warna yang sesuai, lalu kami berikan zakar yang normal dan baik kepada pesakit,’ tambahnya lagi.

Pembedahan yang sama pernah dilakukan di China pada tahun 2006 namun keputusannya tidak berjaya kerana pesakit mengalami beberapa komplikasi.

sumber

Bayi dalam perut tunjuk isyarat ‘V’


Bayi dalam perut tunjuk isyarat ‘V’

bayi-dalam-perut-tunjuk-isyarat-v
LONDON, (MLP) - Bayi pasangan Ed dan isterinya, Dee Parsons terkejut dengan rakaman ultrabunyi menunjukkan isyarat tangan ‘V’ yang sering dirujuk kepada tanda keamanan.

Menurut Dee, 35, mereka terkejut dan hampir tidak percaya melihat bayi dalam kandungan yang berusia 20 minggu menunjukkan isyarat tangan berkenaan dengan jelas.

Malah, jururawat yang membuat ujian tersebut juga terkejut dan memberitahu dia tidak pernah melihat keadaan seperti itu.

Menurut pasangan itu, mereka  berasa tenang selepas melihat isyarat keamanan kerana kini banyak kekacauan yang berlaku di seluruh dunia. 

Menurutnya, dia dan Ed, 35, berasa sedih dengan situasi di seluruh dunia dan juga kematian rakan rapat mereka.

“Kami juga bimbang untuk melahirkan anak kami dengan banyak perkara buruk berlaku ketika ini.

“Tetapi selepas melihat isyarat ini kami berasa sangat gembira,” katanya.
Kredit Gambar: Metro

Bayi hamil anak kembar ketika lahir


bayi-hamil-anak-kembar-ketika-lahir BEIJING, (MLP) - Seorang bayi perempuan didapati hamil anak kembar ketika lahir di Hospital Queen Elizabeth, Hong Kong.

Bayi yang dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth itu dilaporkan menjalani pembedahan selepas berusia tiga minggu untuk membuang ‘anaknya.’

Difahamkan, ‘bayi’ itu dikatakan dikandung dari lapan hingga 10 minggu dan didakwa mempunyai kaki, tangan, tulang belakang, tulang rusuk dan usus.

Menurut jurucakap hospital,  berat kedua-duanya anak bayi itu adalah 14.4 gram dan seorang lagi  9.3 gram.

Media melaporkan, pembedahan itu berjaya dilakukan dan bayi itu dilapor dalam keadaan stabil.

Menurut pakar perubatan, keadaan seperti itu berlaku satu bagi setiap 500,000 kelahiran di dunia, tetapi hanya 200 kes daripada itu didedahkan.

Sehingga kini, doktor masih belum berjaya mencari punca misteri bayi terbabit yang menghamilkan anak kembar itu.

Menurut pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Yu Kai-man, perkara itu tidak boleh dikesan ketika pemeriksaan pranatal kerana saiz embrio dalam bayi itu amat kecil.

Kredit Gambar: Iconid

Sumber : http://news.mylaunchpad.com.my/news/world/article/articleid/645603/bayi-hamil-anak-kembar-ketika-lahir?_ga=1.237831104.1544685024.1422834468

Peroleh RM43 ribu setahun dengan menjual najis


peroleh-rm43-ribu-setahun-dengan-menjual-najis
Sebuah syarikat yang membekalkan sumber bahan bagi tujuan perubatan iaitu OpenBiome menawarkan USD40 (RM143) untuk mendapatkan sampel najis manusia.

Syarikat yang beroperasi dari Oregon itu berhasrat untuk mendapatkan contoh najis bagi membantu mereka yang menghidap jangkitan penyakit Clostridium Difficile yang boleh menyebabkan radang usus besar.

Menurut wakil syarikat berkenaan, sampel-sampel pembuangan ini akan disejuk beku sebelum dimasukkan ke dalam saluran gastrousus pesakit melalui kapsul atau cara endoskopi.

Memetik laporan The Washington Post, syarikat OpenBiome tidak sewenang-wenangnya memilih sesiapa sahaja bagi mendapatkan bekalan najis tersebut.

Sampel najis yang dipilih haruslah memenuhi standart kesihatan yang ketat. Sehingga kini hanya 4 peratus dari 1000 pemohon yang mendaftar diterima ke dalam program.

Dianggarkan pendaftar yang berjaya terpilih untuk membekalkan ‘bahan’ bagi tujuan perubatan terbabit bakal menerima USD13,000 (RM43,170) setahun sebagai bayaran.

Penyakit Clostridium Difficile dianggar mengorbankan 14 hingga 30,000 nyawa dalam setahun.

Kredit gambar: shikibook
 

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.