CHINA, (MLP) – Seorang doktor
di China mengeluarkan gumpalan rambut seberat dua kilogram dari perut
seorang kanak-kanak, minggu lalu.
Liuniu Liang, lapan, dibawa ke hospital oleh ayahnya selepas menyedari anaknya semakin kurus.
Menurut pihak doktor, gumpalan rambut
yang ditemui dalam perut Liuniu menyekat sistem penghadaman dan ia
menyebabkan dia tidak boleh makan.
Menurut bapanya, Cai Liang, 36, mereka
sering melarang Liuniu mengunyah rambut tetapi tidak menyangka gumpalan
rambut akan terkumpul di dalam perutnya.
Kanak-kanak itu dikatakan tinggal bersama datuk dan neneknya di Zhoukou sementara ibu bapanya bekerja di luar kawasan.
Menurut doktor, Liuniu mungkin mengunyah rambut kerana tertekan tidak dapat berada di samping ibu bapanya.
Menurut ibu Liuniu, hanya selepas dirujuk ke hospital doktor menemukan benda asing dalam perutnya.
Walau bagaimanapun, rambut ini berjaya dikeluarkan dan Liuniu kini berada dalam keadaan sihat.
Comments :
0 comments to “ Kunyah rambut seberat dua kilo”
Post a Comment