Video rakaman seorang ibu berang yang berpura-pura memijak kepala bayinya yang berusia 18 bulan menjadi perbualan orang ramai.
Perbuatan itu telah dirakam oleh suami
wanita berkenaan, Vyacheslav Samoilov dan kini pihak polis Rusia sedang
menyiasat rakaman tersebut.
Memetik laporan Metro. Uk,
pertelingkahan antara Vyacheslav, 32 dengan isterinya Victoria, 30
dikatakan bermula apabila Vyacheslav terlihat mesej daripada lelaki lain
di dalam telefon pintar isterinya.
Mereka ketika itu sedang mengambil
angin di sebuah taman di bandar Noginsk di Barat Rusia Moscow Wilayah
sebelum pertelingkahan itu bermula.
Menurut seorang saksi, Ludmila
Ignatyeva, 43, dia melihat pasangan muda itu bergaduh sebelum wanita
berkenaan bertindak untuk membaringkan anaknya itu dan memijak kepala
bayi tersebut.
Tindakan wanita yang ingin mengugut suaminya itu berjaya dirakam oleh Vyacheslav.
Difahamkan, pasangan tersebut kemudian melarikan diri ke arah yang berlainan dan membiarkan bayi tersebut berseorangan.
“Pada mulanya, lelaki berkenaan
melarikan diri dan diikuti wanita berkenaan. Bayi mereka dibiarkan di
atas tanah berseorangan,” kata Ludmila.
Selepas video itu dimuat naik dalam talian, pihak polis dan pihak perkhidmatan masyarakat sedang menyiasat rakaman tersebut.
Bayi itu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan doktor dan laporan mendapati bayi itu dalam keadaan yang sihat.
Kredit Gambar: Metro. Uk
Comments :
0 comments to “ Aksi ibu hampir memijak kepala bayi dirakam ”
Post a Comment