Di Malaysia, kita biasa juga mendengar gelaran-gelaran seperti Messi Malaysia atau Neymar Malaysia diberikan kepada pemain bola sepak tempatan. Ops, jangan bandingkan ranking atau cara mereka bermain kerana penilaian ini dibuat atas dasar suka-suka sahaja. Jangan ambil serius sangat, okey?
Mari kita lihat siapa mereka!
Cristiano Ronaldo - Aidil Zafuan
Rasanya tak ada orang lain yang ada aura yang boleh dikatakan seperti CR7. Bakat Aidil di atas padang, sama 'naik' dengan kisah peribadinya di luar padang. Begitu juga Ronaldo yang kehidupan peribadinya sentiasa dalam spotlight, seperti juga permainannya di atas padang.
Neymar - Baddrol Bakhtiar
Kedua-duanya boleh dikatakan antara pemain yang akan diteropong penyokong dan peminat ketika di atas padang. Masing-masing ada bakat tersendiri. Bagaimanapun, kedua-duanya lead a very normal and peaceful lives, di luar padang. Kisah peribadi berjaya disimpan dengan baik.
Luis Suarez - Safiq Rahim
Suarez dan Safiq sama-sama orang penting dalam pasukan masing-masing. Walau bakat mereka tak boleh dipertikai, tetapi bab temper tu, mungkin perlu dikawal sedikit.
Steven Gerrard - Badhri Radzi
Sama-sama berstatus legenda dalam pasukan masing-masing, malah gelaran Kapten Marvel juga tanpa segan silu diberikan penyokong kepada mereka berdua. Mungkin melihat kepada bakat, corak kepimpinan dan kesetiaan mereka kepada pasukan.
Lionel Messi - Farhan Roslan
Nama Farhan Roslan mula naik ketika kempen Piala Malaysia 2014. Tanpa mengambil masa yang lama, Farhan yang baru berusia 19 tahun terus digelar Messi kerana kepantasan larian dan keupayaannya menjaringkan gol.
Sumber
Comments :
0 comments to “ Bila footballer tempatan di'antarabangsa'kan”
Post a Comment