INDIA, (MLP) - Seorang wanita didakwa menyediakan hidangan teh bercampuran air kencing untuk ibu bapa mertuanya selama setahun.
Perbuatan kejinya terbongkar selepas
ibu mertuanya melihat sendiri perbuatan anak mertua, Rekha Nagvanshi, 30
yang sedang mencampurkan kencing di dalam teko untuk dihidangkan kepada
mereka.
Media melaporkan, perbuatan wanita
tersebut adalah sebagai tindakan membalas dendam terhadap ibu bapa
mertuanya kerana tidak membenarkan suaminya, Deepak, 34, melakukan kerja
rumah.
Rekha juga dikatakan tidak gembira
dengan perkahwinan yang diatur oleh keluarga dengan Deepak dan pernah
mahu meninggalkan lelaki itu.
Dia bagaimanapun dihalang oleh suaminya demi anak perempuan mereka yang baru berusia empat tahun.
Selepas ibu bapa mertuanya, Suraj, 60, dan Ajith, 55 tangkap perbuatan keji Rekha, mereka membuat laporan polis terhadapnya.
Dia kemudian ditangkap dan dibawa ke balai polis namun polis tidak dapat mengambil sebarang tindakan.
Ibu bapa mertuanya bagaimanapun mengupah seorang peguam untuk mengambil tindakan ke atas Rekha.
Kredit Gambar: Farmo
Comments :
0 comments to “Hidang mertua air teh campur kencing selama setahun”
Post a Comment