Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

14 tanda anda sangat bertuah


14-tanda-anda-sangat-bertuah
Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam beberapa minggu ini yang membuatkan kita rasa penat. Sesetengah orang sering meletakkan diri mereka sebagai manusia paling malang di dunia tanpa menyedari mereka sebenarnya dikurniakan tuah yang sangat besar.

Jika anda ada salah satu dari 14 perkara-perkara ini, nikmati kehidupan yang anda miliki kerana anda tergolong dalam kategori manusia sangat bertuah!

1. Anda masih hidup dan berupaya menghirup udara segar.

2. Anda melihat matahari terbit dan terbenam.

3. Anda boleh merasai kemanisan kek coklat.

4. Anda tidak tidur dalam keadaan lapar semalam.

5. Anda ada dua atau lebih pilihan pakaian untuk dipakai.

6. Anda tak takut untuk keluar rumah dan menjalani kehidupan.

7. Anda risau tentang masa depan; ini bermaksud anda masih ada impian dan cita-cita sebagai seorang manusia dan belum putus harapan.



8. Anda kuat dan sihat; jika anda jatuh sakit, anda punya kemampuan untuk kembali sihat.

9. Ada orang yang merindui anda dari jauh.

10. Ada seseorang di sisi anda untuk bantu anda melalui dugaan dan cabaran hidup.

11. Anda punya kemudahan air bersih untuk digunakan.

12. Anda punya akses kemudahan kesihatan.

13. Anda ada akses internet.

14. Anda boleh membaca.

Sumber

Comments :

0 comments to “14 tanda anda sangat bertuah”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.