CHINA, (MLP) - Seorang budak lelaki yang berjumpa doktor kerana masalah sakit tekak, terkejut apabila diberitahu seekor lintah sepanjang 7cm berada dalam badannya.
Xiaobo Chien, 11, berasal dari Wilayah Sichuan, dilaporkan minum air dari sebuah bekas yang diletak di tepi jalan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah beberapa minggu lalu. Tanpa disedari Chien, air tersebut berisi seekor lintah.
Hasil pemeriksaan, doktor menemui lintah tersebut dalam saluran pernafasannya dan ia sedang membesar.
Ibu Chien, Xiang Tung, 33, pada mulanya beranggapan anaknya demam apabila Chien mengadu sakit tekak dan pening kepala.
"Dia tidak memberitahu kami tentang air yang dia minum di tepi jalan itu. Kerana itu, kami tidak menjangkakan perkara buruk," kata Tung seperti yang dilaporkan media Britain.
Chien bernasib baik kerana lintah tersebut tidak menyebabkan sebarang jangkitan dan doktor telah berjaya membawa keluar lintah tersebut.
"Saya takkan minum air di tepi jalan lagi," kata chien.
Sumber
Comments :
0 comments to “Lintah dalam salur pernafasan”
Post a Comment