Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Impian miliki anak tercapai selepas 10 kali keguguran

Kisah pasangan ini mungkin boleh menjadi inspirasi kepada pasangan-pasangan di luar sana yang belum dikurniakan cahaya mata. Ia menjadi bukti bahawa usaha yang tak kenal erti putus asa, akan membuahkan hasil suatu ketika nanti.

Dalam tempoh 10 tahun, pasangan Sarah dan Mark Brennan dari United Kingdom, terpaksa melalui detik sukar kerana Sarah mengalami keguguran bukan sekali, bukan dua kali, tetapi 10 kali!

Tidak cukup dengan kekecewaan itu, pasangan itu diberitahu pula yang mereka mungkin tidak boleh memiliki anak dengan cara normal dan terpaksa mencuba proses persenyawaan in-vitro atau IVF.

Namun keajaiban berlaku apabila ketika nama mereka baru sahaja diletakkan dalam senarai menunggu untuk proses IVF, Sarah mendapat tahu dia hamil lagi untuk kali ke-11.

Akui Sarah, biarpun sudah terlalu biasa melalui kekecewaan apabila kesemua kandungannya sebelum ini tidak pernah melepasi usia 12 minggu, dia tetap meletakkan harapan yang tinggi agar kandungannya kali ini selamat.

Pasangan yang sudah 18 tahun bersama itu akhirnya lega apabila kandungan Sarah mencecah usia 20 minggu dan melalui satu ujian ultra bunyi, doktor mengesahkan mereka akan menimang cahaya mata perempuan.

Bayi Sarah dan Mark akhirnya selamat dilahirkan September tahun lalu, dinamakan Eryn.

Dan biarpun Eryn lahir 8 minggu awal dari tarikh jangkaan, namun si comel itu membesar dengan sihat.

"Kami terlalu ingin membina keluarga, tetapi pada satu tahap kami sangat bimbang jika ia tak mampu direalisasikan.

"Nasihat saya kepada mereka yang melalui masalah seperti yang pernah kami lalui, jangan putus asa dan jangan sesekali berhenti berharap, "kata Sarah.

Sumber

Comments :

0 comments to “ Impian miliki anak tercapai selepas 10 kali keguguran”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.