Ramai orang suka makan. Setiap
orang sukakan makanan. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang
dimakan - kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam
makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh
menyebabkan kita gemuk?
1. Nasi Lemak
Kegemaran setiap rakyat Malaysia.
Hidangan nasi lemak(mengandungi karbohidrat, protein, lemak) lebih
kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan
kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan
nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori),
sambal sotong (170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan
tak?
2. Roti Canai
Paling senang, paling cepat. Siapa
yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori.
Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan
pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Lari 10 km
dulu baru boleh makan lebih sikit!:)
3. Nasi goreng
Biasanya satu pinggan dalam 630
kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan
telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang khasiatnya. Ada
kurang situ!
4. Ais krim
Sedapnya dapat ais krim, lagi lagi
dengan cuaca di Malaysia ni kan? Tetapi ingat! Ais krim tinggi lemak dan
gula serta kalori - dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana
tu?
5. Burger
Kaya dengan karbohidrat, protein
(patty), lemak. Satu hidangan burger 475 kalori. Biasanya makan ada
keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak
agak berapa kalori?
6. Mee kari
Hidangan mee dengan sup kari, santan.
Menyelerakan! Kaloril ebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya
ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.
7. Makanan bergoreng
Rata rata kebanyakan makanan
bergoreng.Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini
tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) kadang
kadang pakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh elakkan makanan
bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)
8. Whole milk
Susu penuh krim ini sememangnya tak
elok utk anda! Kandungan lemak sangat tinggi dan walaupun ada memberi
anda kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak
atau rendah lemak.
9. Roti
Kadang kadang orang salah sangka roti
tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Somehow, roti pun high in fat dan
karbohidrat. Sekeping pun dah 80 kalori. Boleh cuba roti wholemeal.
Satu keping baru 50 kalori.
10. Mayonis
Suku cawan mayonis mengandungi 360
kalori dan 40 gram lemak. Agak tak berapa sihat jika anda penggemar
mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!
Sebenarnya makanan yang disenaraikan
ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda
makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira
kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider
makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri. Jadi anda
harus kawal pemakanan dan tahu bagaimana sukatan kalori setiap hari.
Semoga berjaya!
Comments :
0 comments to “10 makanan paling menggemukkan di Malaysia”
Post a Comment