BEIJING - CHINA. Syarikat perabot popular, Ikea kini melarang pelanggan
daripada tidur di perabot-perabot yang dipamerkan di gudang-gudang
jualan mereka di China.
Menurut Yahoo News, larangan berkenaan dibuat selepas terdapat sejumlah
besar 'pelanggan' datang hanya untuk menikmati penghawa dingin dan
keselesaan perabot dan langsung tidak membuat sebarang pembelian.
Sebelum ini, Ikea Beijing membuka bilik pameran tambahan dan menjemput
pelanggan yang kepenatan untuk 'tidur sebentar' di atas sofa dan katil.
Namun, aktiviti berkenaan menjadi serius dan mengurangkan jumlan
pelanggan yang berpotensi untuk membeli barang di gudang-gudang pameran.
Comments :
0 comments to “Datang Ikea untuk tidur”
Post a Comment