Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 
Showing posts with label sains. Show all posts
Showing posts with label sains. Show all posts

Bekukan anak agar hidup kembali


bekukan-anak-agar-hidup-kembali
Seorang budak perempuan berusia 2 tahun dari Thailand menjadi manusia paling muda dibekukan dengan harapan dia mampu hidup kembali menggunakan kemajuan sains.

Matheryn Noavaratpong, meninggal dunia Januari lalu akibat kanser otak.

Penyakit itu hanya dikesan selepas Matheryn tidak bangun daripada tidur pada suatu hari, dan hasil pemeriksaan, doktor menemui ketumbuhan sepanjang 11 sentimeter di dalam otaknya.

Dua pembedahan dijalankan dan pembedahan kedua mengakibatkan 80 peratus bahagian kiri otak kanak-kanak malang itu dibuang. Malangnya, kanser telah merebak ke seluruh organ tersebut.

Ibu bapa Matheryn akhirnya sedar perjuangan mereka untuk Matheryn melawan penyakit itu sudah berakhir, dan alat sokongan hidup pada kanak-kanak itu akhirnya ditanggalkan.

Otak Matheryn kini diasingkan dalam bekas keluli tahan karat, bekas vakum berpenebat yang diisi dengan cecair nitrogen.

Jasad Matheryn akan dibekukan sehingga penawar ditemui, selain menunggu kajian untuk mengetahui kaedah untuk membesarkan badannya diperoleh.

Rumah di planet Marikh?


rumah-di-planet-marikh
Meskipun tiada ura-ura mengenai perpindahan manusia ke planet lain, Jabatan Penerbangan Nasional dan Pentadbiran Angkasa (NASA) telah memulakan misi membina rumah prototaip di planet Marikh.

Jika diamati pada rangka pelan, penempatan tersebut berbentuk kubah dan boleh didiami beberapa orang. Rumah berkenaan turut dilengkapi enam bilik tidur, bilik air, dapur, ruang tamu dan ruang bekerja.



NASA sebenarnya telah mula membina rumah prototaip itu di Hawaii sejak beberapa tahun lalu malah mula diduduki ahli krew sebagai percubaan.

Para saintis mahu mengadaptasi keadaan di planet merah itu dengan simulasi berkenaan. Para krew diuji melalui ciri-ciri persekitaran yang seakan sama dengan planet keempat di dalam sistem solar itu.

Mereka perlu membiasakan diri memakai sut angkasa apabila mahu keluar atau berkomunikasi dengan dunia luar selain memanipulasi perbezaan masa selama 24 minit berbanding bumi.

Dua misi mengadaptasi persekitaran Marikh sudah berlangsung yakni selama tiga dan lapan bulan. Percubaan selama setahun akan bermula tidak lama lagi.





Kredit gambar: sickchirpse
 

5 fakta sains yang masih disalah anggap

Sains berubah mengikut peredaran masa. Nescaya pelbagai fakta dan informasi yang kita pelajari di bangku sekolah sudah tentu dimamah perubahan. Ayuh perhati berapa banyak fakta yang masih tersalah anggap sehingga ke hari ini.


Tembok besar China boleh dilihat dari angkasa
Salah satu mitos paling popular. Pembahagi yang dibina pada tahun 200 sebelum masihi ini dikatakan satu-satunya artifak yang dibina manusia dan boleh dilihat dari angkasa. Sebenarnya apabila angkasawan berlegar di orbit rendah bumi, kontinen bumi pun sukar untuk dibeza. Apatah lagi apabila berada di bulan? Dapatkah tembok berkenaan dilihat?


Everest adalah gunung tertinggi di dunia
Dari sudut teknikal? Ya jawapan tersebut benar. Ketinggian sebuah gunung diukur dari paras pangkal sehingga ke puncak. Everest mencatatkan bacaan ketinggian 33,465 kaki (10,200 meter). Gunung Kea yang terletak di kepulauan Hawaii mempunyai ketinggian 29,029 kaki (8,848 meter) tetapi, dua pertiga dari gunung tersebut berada di bawah paras air laut.


Pluto merupakan sebuah planet
Memang benar sepuluh tahun lalu sistem solar mempunyai sembilan planet. Namun fakta tersebut tercanggah apabila beberapa planet kerdil mula ditemui seperti Eris, Ceres, Haumea dan Makemake. Sebahagian dari planet kerdil berkenaan lebih besar dari Pluto lantas menafikan haknya sebagai sebuah planet utama.


Jerung tidak mungkin mendapat kanser
Manusia menangkap jutaan ikan jerung setiap tahun untuk siripnya. Sekarang mamalia air tersebut turut diburu kerana tulang rawan kononnya boleh menyembuhkan penyakit kanser. Masalahnya sekarang, fakta itu tidak benar. Betul satu ketika dahulu saintis mempunyai hipotesis mengenai perkara itu namun penyelidikan terbaru menunjukkan sebahagian jerung turut diserang penyakit barah.


Sesumpah menukar warna untuk asimilasi
Infomasi berkenaan bukanlah seratus peratus benar ekoran kebolehan menukar warna untuk sesumpah sebenarnya bergantung kepada spesies. Tambahan pula, mood, niat dan suhu turut memainkan peranan. Seekor sesumpah akan berubah warna apabila berasa ‘gembira’ tatkala berjumpa jantina lain mahupun apabila ‘marah’ dan bersedia untuk beradu sesama sendiri.


Apa lagi? Sila betulkan fakta anda!

Kredit gambar: wiki

Sumber

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.