Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

10 filem yang diadaptasi dari artikel bukan fiksyen


10-filem-yang-diadaptasi-dari-artikel-bukan-fiksyen
Secara harfiahnya filem menawarkan bukan sekadar hiburan malah pendidikkan, permainan imaginasi serta pengajaran kepada penonton.

Pengiat seni boleh mendapat inspirasi dari pelbagai sumber. Mungkin ada yang beranggapan kebanyakan skrip filem datangnya dari novel, buku mahupun adaptasi dari kisah benar.

Namun ada juga filem yang latar ceritanya diolah dari artikel-artikel bukan fiksyen. Karya-karya ini lazimnya dipaparkan dalam penerbitan popular seperti akhbar, majalah dan lain-lain.

Berikut merupakan 10 filem yang diinspirasi atau diadaptasi dari artikel bukan fiksyen.

The Insider



The Insider merupakan filem arahan Michael Mann dan dikeluarkan pada tahun 1999. Filem drama ini diadaptasi dari artikel ‘The Man Who Knew Too Much’ karya Marie Brenner yang diterbitkan dalam Vanity Fair.

Menampilkan Al Pacino dan Russell Crowe sebagai teraju utama, The Insider pernah dicalonkan untuk tujuh kategori dalam anugerah Academy.

The Fast and the Furious

Artikel berjudul ‘Racer X’ yang ditulis oleh Ken Li menjadi asas penceritaan francias The Fast and the Furious. Siri filem perlumbaan aksi jalanan ini kian menjengah sehingga filem yang ketujuh selepas 14 tahun mula ditayangkan.

Filem-filem The Fast and the Furious menampilkan seleksi pelakon popular seperti Vin Diesel, Paul Walker, Michelle Rodriguez, Dwayne Johnson dan lain-lain. Francais filem terbitan Universal ini mendapat kutipan hampir USD3 bilion keseluruhan.

Urban Cowboy



John Travolta dan Debra Winger menerajui filem romantik drama barat yang mula-mula ditayangkan pada tahun 1980. Urban Cowboy mengetengahkan industri muzik country yang mula mendapat perhatian sekitar awal 80-an.

Lakon layarnya mendapat olahan dari Aaron Latham dan James Bridges berdasarkan artikel yang sama nama dari majalah Esquire.

The Killing Fields



Menemui layar perak pada tahun 1984, The Killing Fields digarap melalui pengalaman dua jurnalis dalam penulisan mereka yang berjudul ‘The Death and Life of Dith Pran’.

Jalan ceritanya mengambil latar di negara Kemboja ketika zaman demokratik Kampuchea sekitar tahun 1975 sehingga 1979. The Killing Fields dinobatkan lapan anugerah BAFTA dan tiga anugerah Academy.

Shattered Glass



Hayden Christensen, Peter Sarsgaard dan Hank Azaria antara nama-nama besar yang membintangi filem Shattered Glass pada 2003. Filem yang diarahkan oleh Billy Ray ini diilhamkan oleh sebuah artikel dalam Vanity Fair pada tahun 1998.

Shattered Glass mengisahkan kronologi kejayaan serta kejatuhan karier Stephen Glass semasa berkhidmat di majalah The New Republic sekitar tahun 1990an. Dicalonkan untuk pelbagai anugerah berprestij antaranya Golden Globe dan Satellite Award.

Coyote Ugly

Artikel ‘The Muse of the Coyote Ugly Saloon’ oleh Elizabeth Gilbert yang diterbitkan dalam majalah GQ tahun 1997 menyumbang kepada ideologi filem Coyote Ugly arahan David McNally.

Meskipun mendapat hentaman dari pengkritik professional namun filem romantik komedi ini mendapat pulangan yang agak baik sepanjang tempoh tayangannya.

Saturday Night Fever

Berlandaskan bajet serendah USD3.5 juta, Saturday Night Fever yang dibintangi John Travolta dan Karen Lynn Gorney ini menerima kutipan memberangsangkan sebanyak USD237 juta.

Filem ikonik ini diadaptasi dari artikel New York magazine karangan penulis British iaitu Nik Cohn berjudul ‘Tribal Rites of the New Saturday Night’.

Tora! Tora! Tora!



Karya Gordon W. Prange berjudul ‘Tora! Tora! Tora!’ dan ‘The Broken Seal’ oleh Ladislas Farago disatukan menjadi sebuah filem peperangan dengan durasi 144 minit.

Filem perang berbahasa Inggeris dan Jepun ini menyingkap kisah pengeboman Pearl Harbor oleh negara Jepun. Tora! Tora! Tora! diarahkan oleh Richard Fleischer dan diedarkan 20th Century Fox.

Almost Famous



Almost Famous adalah sebuah filem yang digarap dari penulisan Cameron Crowe untuk majalah Rolling Stone berjudul ‘The Allman Brothers Story’. Menampilkan Billy Crudup, Kate Hudson dan Patrick Fugit sebagai pelakon utama, Cameron Crowe turut mengarahkan filem drama-komedi ini.

Filem semi-autobiografi ini mengisahkan seorang jurnalis remaja yang menulis untuk majalah Rolling Stone pada awal tahun 1970. Almost Famous membawa pulang anugerah Academy, Grammy dan dua Golden Globe.

Proof of Life



Taylor Hackford mengarahkan filem culik-aksi yang menampilkan Meg Ryan dan Russell Crowe sebagai karekter utama ini.

Proof of life mendapat inspirasi dari artikel William Prochnau dalam majalah Vanity Fair bertajuk ‘Adventures in the Ransom Trade’. Menemui pawagam pada 4 Disember 2000, Proof of life tidak berjaya dari segi pulangan mahupun memenangi mana-mana anugerah.

Kredit gambar: wikipedia, insightmovingimages
 

Comments :

0 comments to “10 filem yang diadaptasi dari artikel bukan fiksyen”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.