ENGLAND, (MLP) - Seorang lelaki percaya isterinya yang sudah
meninggal dunia masih menjaga dan meleternya setiap kali dia melakukan
kesalahan.
Ted Wiseman, 79, dari Halesowen berjumpa pawang apabila menyedari 'hantu' isterinya cuba menghubungi dengan cara mengubah kedudukan pinggan ketika dia sedang makan di sebuah restoran.
Semenjak itu, banyak kejadian aneh berlaku pada dirinya dan Ted percaya ia adalah 'hasil kerja' isterinya.
"Saya tinggalkan tuala di atas katil, tetapi apabila mahu mengambilnya, ia sudah diletakkan di tempat yang sepatutnya," kata Ted kepada portal berita Metro.
Hantu isterinya itu turut membantunya menyiapkan basuhan pakaian, selain meleternya setiap kali dia naik ke atas katil dengan memakai selipar.
Isterinya, Yvonne, yang dikahwini selama 46 tahun, meninggal dunia akibat strok pada bulan Mei 2014.
Foto: Daily Mail

Comments :
0 comments to “ Leter suami dari 'kubur'”
Post a Comment