Siapa tidak suka melancong?
Memang setiap manusia mahu mengembara dunia ini dengan orang tersayang.
Tetapi, melancong dengan bilangan beg yang banyak memang melecehkan!
Daya tenaga dan minat untuk melawat tempat menjadi tipis kerana penat
membawa beg. Sebenarnya, satu beg sudah mencukupi jika anda tahu
caranya. Bukan sahaja ringan, tetapi anda boleh melancong dengan lebih
bergaya.
Nak tahu apakah caranya? Baca 4 tips kami untuk melancong dengan hanya satu beg!
Gulung pakaian anda!
Ramai
yang tidak tahu cara yang betul untuk menyusun pakaian mereka di dalam
beg. Jadi, ia menyebabkan mereka mengembara dengan lebih dari satu beg.
Jangan lipat pakaian anda, tetapi gulung sampis habis! Berbanding kaedah
melipat, menggulung pakaian-pakaian akan dapat memanfaatkan ruangan beg
dengan lebih baik.
Pilih beg yang sesuai
Pemilihan
beg yang sesuai adalah perkara penting bagi pelancong. Beg harus
dipilih mengikut destinasi pelancongan anda bagi keselesaan badan.
Sebagai contoh, jika anda bercadang untuk mendaki bukit atau ‘camping’,
beg galas atau 'backpack' adalah beg yang paling sesuai untuk digunakan.
Hal ini kerana, beg ini tidak perlu dipegang sepanjang hari.
Bukan itu sahaja, belilah beg yang
mempunyai komponen yang banyak. Hal ini kerana, anda boleh mengasingkan
pakaian yang sudah dipakai dan anda juga boleh menyimpan barangan
–barangan kecil anda seperti ubat gigi, syampu dan sebagainya.
Bawa pakaian yang senang padan
Jangan
lupa bawa pakaian yang senang padan. Dengan cara ini, anda tidak perlu
membawa helaian pakaian yang banyak malah boleh dipakai berulang kali.
Jeans merupakan pakaian yang senang dipadan dan boleh digunakan untuk
beberapa hari. Jangan risau, kini trend warna bukan lagi masalah.
Sebagai contoh, gaun panjang yang boleh dipakai dengan blazer untuk
acara formal dan juga boleh dipakai secara kasual, tanpa blazer.
Beg khas bagi dokumen penting
Bagi
keselamatan diri, anda dinasihati untuk mengasingkan dokumen penting
seperti passport, beg dompet, telefon bimbit ke dalam beg yang lain. Beg
silang yang kecil adalah pilihan yang baik untuk menyimpan dokumen
tersebut. Cara ini akan memudahkan perjalanan anda tanpa perasaan risau.
Kredit Gambar: Wanista
Comments :
0 comments to “ 4 cara melancong dengan hanya satu beg”
Post a Comment