Mengembara ke tempat yang baru adalah
sesuatu yang begitu mengembirakan sekali. Ini kerana, buat seketika
waktu anda dapat menikmati cara hidup yang berbeza. Tidak juga lupakan,
lokasi - lokasi pelancongan yang penuh dengan sejarah.
Tetapi, sebelum anda melawati tempat
yang baru, pastikan anda mengetahui peraturan di tempat tersebut untuk
menyenangkan lawatan anda.
Berikut adalah beberapa peraturan pelik di sesetengan negara di dunia!
- Diharamkan untuk menjadi juruterbang selepas usia 80 tahun (Turki)
- Tidak dibenarkan untuk makan dan minum dekat bangunan bersejarah (Rome, Italy)
- Kasut tumit tinggi diharamkan untuk dipakai di monument-monumen penting (Greece)
- Tidak dibenarkan berkongsi bilik sebelum kahwin (Dubai)
- Tidak boleh memijak mata wang tempatan (Thailand)
- Ditangkap polis jika memberi makan kepada burung merpati (Venice,Italy)
- Tidak boleh menggunakan duit tukar lebih daripada 25 sen (Canada)
- Diharamkan menjual patung yang tidak mempunyai muka manusia (Perancis)
- Tidak boleh keluar rumah tanpa memakai seluar dalam (Thailand)
- Tidak dibenarkan memakai baju patung lelaki Ken ke atas patung Barbie (Indiana, AS)
- Bersalah jika mandikan dua bayi pada masa yang sama (Los Angeles, AS)
- Boleh dibawa ke mahkamah jika ditangkap mengorek hidung pada hari Ahad (Israel)
- Tidak boleh menggunakan tandas selepas pukul 10 malam di pangsapuri (Switzerland)
- Harus pandai untuk diberi permohonan masuk ke universiti (China)
- Dari pukul tujuh pagi, kereta yang
bernombor plat yang diakhiri dengan 1 atau 2 tidak dibenarkan di jalan
raya pada hari Isnin, 3 atau 4 pada hari Selasa, 5 atau 6 pada hari
Rabu, 7 atau 8 pada hari Khamis, dan 9 atau 0 pada hari Jumaat (Filipina)
- Wanita tidak boleh menolak pelawaan keluar makan malam oleh seorang lelaki (Jepun)
- Tidak boleh membuang air kecil di pantai Portugal (Portugal)
- Menyongsangkan setem Permaisuri di atas sampul surat dianggap sebagai derhaka (England)
Kredit Foto: Tumblr, Fanpop
Comments :
0 comments to “18 peraturan pelik dari merata dunia”
Post a Comment