Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Tips turunkan berat badan tanpa bersenam

Masalah berat badan merupakan satu isu yang paling hangat diperkatakan. Meskipun ada segelintir yang berjaya dalam regim penurunan berat badan namun sebahagian besar yang mencuba gagal, dan terus dirundum rasa hampa.

Kesibukan menjalani kehidupan seharian membuatkan usaha menjadikan diri lebih sihat sekadar angan-angan. Mungkin masalah membahagi masa untuk pelajaran, bekerja, perihal keluarga dan aktiviti lain manjadi penyebab utama.

Ada cara sebenarnya untuk terus menjalani proses menguruskan badan dikala sibuk. Ketahui 8 tips bagaimana menurunkan berat badan tanpa bersenam.

Gaya pemakanan



Pernahkah mendengar frasa “Breakfast like a King, Lunch like a Queen and Dinner like a Pauper”? Lebihkan kuantiti makanan semasa sarapan kerana badan memerlukan banyak tenaga untuk mulakan hari. Makan sederhana semasa tengahari, dan kurangkan pemakanan pada waktu malam kerana tubuh memerlukan masa untuk berehat dari melawaskan makanan.

Banyak minum air masak



Tubuh kita memerlukan banyak air untuk menjana metabolisme selain membolehkan organ-organ di dalam badan berfungsi dengan lebih baik. Elakkan meminum bergas yang mengandungi gula dan kalori yang tinggi.

Aktifkan diri



Anda perlu kekal aktif untuk membakar kalori dalam badan. Tidak mempunyai masa untuk ke gimnasium? Tidak perlu bimbang, ubah beberapa cara dalam hidup agar dijadikan senaman secara tak langsung. Elakkan naik lif dan pilih menaiki tangga dan parkir kereta jauh agar boleh berjalan sedikit.

Buah & sayur



Ya, ramai yang sering menyatakan buah-buahan dan sayuran baik untuk badan. Ini adalah kerana kedua-duanya lebih mudah dihadam serta mengandungi banyak vitamin yang baik untuk kesihatan. Tambahan pula, ia diakui tidak mengandungi kolesterol. Tidak mahu makan banyak pada waktu malam? Cukuplah sekadar menikmati buah-buahan dan sayuran.

Teh hijau



Jika anda sukakan yogurt, cuba amalkan satu sudu kecil serbuk teh dibancuh dengan setengah cawan air panas dan setengah cawan yogurt. Amalan ini baik sebagai minuman pembantu mempercepat pencernaan setiap kali selepas makan.

Air limau nipis



Setiap kali ketika makan di luar, pesan air limau nipis berbanding air minuman yang menggunakan banyak gula atau susu pekat. Kebanyakan orang yang mengamalkan air limau nipis mengalami penurunan berat badan setelah tiga hingga empat minggu diamalkan.

Konsisten



Lebih afdal sekiranya membuat perancangan seperti plan makanan, susun jadual aktiviti malah sistematik dalam menjaga pemakanan. Amalkan tips diatas secara konsisten, sangat membantu untuk mencapai berat badan ideal.

Tidur dengan cukup



Kitaran penurunan berat badan tak mungkin lengkap tanpa tidur yang cukup. Tahukah anda bahawasanya badan memulakan proses penurunan berat semasa dalam keadaan berehat? Tidur yang cukup mampu mengembalikan kesegaran, membakar kalori dan meningkatkan sistem imun.

Selamat mencuba!

Kredit gambar: pinterest, goodblossom, healthytimesblog, independent, uecthai, zibbleinc, josephagu, healthmeup

Sumber

Comments :

0 comments to “ Tips turunkan berat badan tanpa bersenam”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.