Suatu ketika dahulu, sebelum kewujudan telefon pintar yang
menawarkan aplikasi kamera 'terbalik', kita biasanya akan minta
pertolongan orang lain untuk mengambil gambar diri sendiri. Paling
advance pun, telefon dipusingkan agar kameranya dapat menghadap wajah
kita. Cara tersebut bagaimanapun tidak digemari ramai kerana
kecenderungan gambar untuk senget adalah tinggi.
Justeru, apabila telefon pintar menambah satu kelebihan aplikasi mereka kepada kamera yang boleh diterbalikkan, ramai yang seronok. Daripada suka-suka, akhirnya minat ini bertukar menjadi kegilaan. Lantas muncullah perkataan selfie, yang kini sudahpun disenaraikan dalam Kamus Dewan.
Tak cukup sekadar itu, kemunculan monopod menambah 'gila' orang ramai terhadap selfie. Kalau sebelum ini, selfie hanya boleh diambil dalam ruang yang terbatas, namun pengenalan monopod menjadikan selfie lebih 'praktikal' kerana boleh memuatkan lebih ramai orang dalam satu gambar.
Fenomena selfie di kalangan rakyat Malaysia memang sudah terbukti. Jika tidak, masakan majalah antarabangsa TIME menyenaraikan Petaling Jaya dan Georgetown sebagai bandar yang paling banyak mempunyai gambar selfie.
Dalam kereta pun boleh okey
Satu kajian mengatakan kegilaan selfie merujuk kepada masalah mental.
Ada juga yang berpendapat, selfie sebenarnya cara seseorang mengekspresikan dirinya.
Orang-orang kenamaan pun tak ketinggalan
Tetapi satu yang pasti, memuat naik gambar selfie pada asasnya hanya dengan dua sebab; mahu mendapat 'like' yang banyak dengan memaparkan kecantikan atau ketampanan diri sendiri, atau terlalu obses untuk memberitahu semua orang aktiviti yang dilakukan ketika itu.
Tak ada salahnya. Terpulang, kerana itu hak masing-masing.
Selebriti antara golongan paling aktif berselfie
Tetapi bagaimana pula mereka yang berselfie di tanah perkuburan, semasa kebakaran, kemalangan atau di hospital ketika melawat rakan atau saudara yang sakit?
Di mana tahap sensitiviti kita? Atau budaya selfie kini sudah tidak ada batasan?
Jika sampai ke tahap inilah kegilaan anda berselfie, dah sampai masa untuk muhasabah diri.
Cantik dah cantik, handsome pun tak kurang. Biar sempurna fizikal setanding kecerdikan akal juga.
Kredit gambar: Laman Facebook, twitter dan instagram

Comments :
0 comments to “ Selfie: Untuk apa sebenarnya?”
Post a Comment