Jika anda sama seperti saya, tiba-tiba rasa tidak sedap badan (tambah dengan keadaan cuaca mendung kebelakangan ini), mari kita cuba cara-cara untuk sembuh daripada demam dengan pantas. Dah dekat sangat dengan cuti, takkan nak demam sepanjang cuti pula!
Panaskan badan
Sepupu saya yang bijak pandai ini cadangkan cara tercepat untuk sembuh daripada demam adalah bungkus diri anda, duduk tengah panas sambil hirup teh panas.
Oleh kerana hari pun hujan, saya tidaklah cuba duduk tengah panas. Tetapi saya cuba bungkuskan diri dan berlari atas treadmill. Tujuan disini adalah untuk berpeluh agar virus demam terbunuh dengan cepat.
Berkesan ke tidak? Sakit paru-paru ya, berlari sambil batuk.
Minum sebotol ubat batuk
Kawan baik saya waktu sekolah dahulu suka cara ini. Beliau akan minum sebotol ubat batuk sebelum perlawanan ragbi beliau, tidur sekejap, lepas itu dah rasa lega.
Nasihat saya, JANGAN ikut teladan kawan saya yang gila ini. Mungkin berkesan untuk beliau namun hakikatnya mengambil dos ubat melampau sangat berbahaya.
Minum madu
Ibu selalu berpesan ubat terbaik untuk rawat sakit tekak dan batuk adalah minum air suam bercampur madu. Kalau minum madu sahaja lagi bagus.
Berkesan ke tidak? Madu memanglah sedap, bagi kategori ubat, tetapi tak rasa apapun bagi tekak saya. Dah bercawan madu diminum, suara masih serak macam Lindsay Lohan.
Sedut Vapor rub
Tahukah anda, rawatan demam terbaik dan termurah berada dalam bilik air sahaja?
Luangkan 15-20 minit menyedut stim daripada mandian panas. Selain itu sapukan Vapor rub pada leher dan dada. Ini mesti berhasil selepas 20 minit.
Berkesan ke tidak? Memang nikmat duduk dalam bilik mandi berwap. Boleh tidur pun dalam bilik air macam ini. Vapor rub pula, tak rasa apa. Lagi lega kalau disedut berbanding disapu pada leher.
Jadi saya ini sebenarnya dah sembuh ke belum? Ke demam rindu semata-mata, bukan demam betul pun. Malangnya, saya masih lagi demam dan tidak sedap badan. Jadi kepada para pembaca, tolonglah beri cadangan berkesan untuk sembuh daripada demam cepat!
Sumber
Comments :
0 comments to “ Taknak demam! Cara pantas hilangkan demam”
Post a Comment