Karakter terkenal Jepun,
Ultraman dan watak jahat siri tersebut, akan membuat penampilan khas di
Pavilion Kuala Lumpur, sempena persembahan ‘Ultraman Live in
Genting 2015’ di Resorts World Genting pada 19 Februari 2015 nanti.
Roadshow selama dua minggu
telah pun bermula sehingga 9 November 2014 dan akan menampilkan ahli
keluarga terbaru Ultraman dan juga menyambut ulang tahun ke-50 siri
terbitan Tsuburaya Production, iaitu Ultraman Ginga.
Ultraman Zero dan Ultraman Tiga juga akan menyertai roadshow ini sebagai satu pasukan untuk beramah mesra bersama peminat.
Peminat boleh menonton siri kegemaran
mereka itu di skrin plasma yang disediakan dan berpeluang mengambil
gambar bersama karakter siri berkenaan di lokasi terpilih Pavilion pada
masa yang ditetapkan.
Peraduan juga akan diadakan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.
Sumber
Comments :
0 comments to “Ultraman turun ke Kuala Lumpur”
Post a Comment