Carlos Slim dari Mexico adalah lelaki kedua terkaya di dunia.
Dalam satu persidangan baru-baru ini, beliau telah cadangkan konsep kerja untuk tiga hari seminggu di mana pekerja boleh bekerja untuk 11 jam sehari, dan bercuti untuk 4 hari yang seterusnya.
Richard Brandson, usahawan Britain yang terkenal juga sedang mempertimbangkan konsep ini. Mereka rasakan ini akan meningkatkan produktiviti para pekerja mereka.
Negara Perancis telah pun mengurangkan waktu pekerjaan mingguan dari 40 jam ke 35 jam. Manakala, di Sweden dan Finland waktu kerja harian dikurangkan kepada 6 jam sahaja.Motif mereka adalah untuk meningkatkan produktiviti and juga inginkan penduduk mereka mempunyai 'work life balance'.
Walaubagaimanapun, di India, pihak sumber manusia berkata konsep ini susah untuk diimplikasikan di India. Ini kerana, negara ini masih membangun dan konsep ini sukar digunakan dalam semua sektor terutamanya sektor pembinaan.
Apakah komen anda terhadap konsep ini? Adakah ia sesuai untuk digunakan di Malaysia?
Apakah komen anda terhadap konsep ini? Adakah ia sesuai untuk digunakan di Malaysia?
Comments :
0 comments to “Sanggup kerja untuk 3 hari sahaja dalam seminggu?”
Post a Comment