Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

3 jenis resipi anti-penuaan kulit


Siapa yang tidak mengidamkan kulit yang sentiasa kelihatan muda?

Daripada anda bergegas ke farmasi untuk membeli krim pelembap kulit atau membazirkan duit yang banyak di spa, lebih baik anda menggunakan tiga resipi istimewa ini untuk menyerikan kulit anda.

Kulit kita yang sering terdedah kepada sinaran UV, keadaan cuaca yang berubah, atau hawa dingin boleh meningkatkan proses penuaan kulit.

Tiga resipi yang ringkas ini dikatakan adalah cara-cara tradisional yang digunakan wanita Cina zaman dahulu:

Jus buang jerawat



Saderi 100g
Tomato 200g
Buah pear 150g
Jus limau 15ml

Campurkan bahan-bahan ini dalam blender dan asingkan jus dalam gelas. Amalkan minum jus ini setiap hari untuk buang tompok hitam, jerawat dan mengurangkan masalah kulit gatal.

Susu kekacang anti-penuaan



Susu kacang soya 200ml 
Walnut 30g
Bijian hitam 20g 

Kisar kacang Walnut dan bijian hitam bersama dan kemudian, masukkan dalam periuk untuk dimasak bersama susu kacang soya. Masak bersama api sederhana untuk lima minit dan masukkan gula batu. Minum susu kekacang suam ini setiap pagi.

Kepada mereka yang mempunyai masalah alahan kekacang, anda boleh kisar lima biji strawberi dan dicampur bersama susu 200ml yang mendidih.

Bubur lobak merah



Lobak merah 200g
Beras 100g


Potong lobak merah dan masak bersama beras supaya menjadi bubur. Hidangan ini boleh dimakan bersama sedikit garam dan serbuk cili sebagai perencah. Anda boleh pilih untuk menggunakan beras perang (brown rice) atau beras wangi biasa

Kredit gambar: freeimages.com

Sumber 

Comments :

0 comments to “ 3 jenis resipi anti-penuaan kulit”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.