Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

5 tempat paling menyeramkan di dunia


5-tempat-paling-menyeramkan-di-dunia
Terdapat banyak tempat di dunia ini dengan sejarah gelap. Kebenaran setiap cerita tidak dapat dipasti, tetapi kita percayai bahawa apa yang kita dengar adalah kemungkinan kisah benar. 

Kami telah memilih beberapa tempat yang paling menyeramkan di dunia yang sering diperkatakan. Beranikah anda melawat tempat - tempat yang seram ini?

The Screaming Tunnel, Warner Road Canada

Tempat ini mengisahkan bahawa seorang gadis muda yang diperkosa di dalam terowong dan tubuhnya dibakar mati. Sejak itu, terowong ini dipercayai dihantui oleh roh gadis itu. Menurut mereka yang menentap berhampiran, jeritan gadis muda dari terowong ini sering didengar dan fenomena ini dipercayai menjadi asal nama terowong tersebut.

Wilson Hall, Ohio University
Lagenda tempatan menceritakan bahawa seorang gadis bunuh diri sebaik sahaja menulis tentang syaitan dan perkara ghaib di dinding dalam biliknya dengan darah sendiri. Bangunan ini mempunyai lima kubur yang membentuk pentagram yang mengelilingi kampus menandakan simbol syaitan.

Bandar Hantu Fengdu, China

Tempat ini digelar sebagai bandar hantu kerana ia dikatakan menjadi persimpangan antara bumi dan dunia ghaib. Fengdu dihiasi dengan patung aneh yang mengambarkan pelbagai aksi penyeksaan syaitan.

Difahamkan, pengunjung yang melawat dengan bersikap baik akan dihargai baik sebaliknya jika bersikap jahat, mereka akan dihargai dengan kejahatan yang mengerikan.

Muzium Tuol Sleng Genocide, Kemboja

Pada zaman pemerintahan orang putih, tempat ini dijadikan sebagai penjara untuk menyeksa dan membunuh mangsa tahanan. Penduduk dibunuh dengan kejam, manakala wanita dirogol dan diseksa hingga mati. Sebanyak 14,000 warga Kemboja yang dibunuh dalam bangunan ini. Tetapi kini, lokasi ini dijadikan muzium untuk mengenang peristiwa itu. Pelbagai perkara aneh akan berlaku di tempat ini pada waktu malam.

Hutan Aokigahara, Jepun

Warga Jepun sering menjadikan hutan ini sebagai tempat bunuh diri. Sejak tahun 1950-an, lebih dari 500 kes bunuh diri direkod di Aokigahara. Mayat-mayat dikatakan boleh berpindah sendiri secara misteri dan yang paling menyeramkan ialah, lokasi ini sering dijadikan sebagai tempat pelancongan. Berani pergi?
Kredit Foto: Nadicosmic/zamrispoon

Sumber

Comments :

0 comments to “5 tempat paling menyeramkan di dunia”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.