Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Cara kurus mengikut bentuk badan

Rasa sakit hati kan, setelah cuba pelbagai cara dan senaman namun berat badan masih belum berkurang? Tanpa disedari ini mungkin kerana bentuk badan berbeza memerlukan tumpuan senaman dan diet berbeza. Kali ini kami senaraikan amalan senaman yang sesuai untuk bahagian badan bermasalah, mengikut jenis bentuk badan anda!

Bagi mereka yang miliki badan berbentuk “Pear”


Bentuk badan “Pear” miliki bahagian punggung dan paha lebih besar. Misalnya seperti diva antarabangsa Beyonce dan Rihanna.

Senaman yang wajar dilakukan:

Amalkan senaman yang meningkatkan metabolisma dan bakar kalori seperti berlari. Cuba angkat berat untuk lengan dan bahu bagi seimbangkan potongan badan anda yang asalnya lebih lebar di bahagian punggung. Bagi tone bahagian kaki, amalkan lunge dan squat. Senaman lain hanya akan membesarkan lagi kaki anda.

Bagi mereka yang miliki badan berbentuk Epal

Masalah utama bagi mereka yang miliki bentuk badan epal adalah lengan yang besar. Mereka miliki bahagian atas badan yang lebih lebar, tetapi kaki yang cantik dan kurus. Contoh terbaik adalah Catherine Zeta Jones.

Senaman yang wajar dilakukan:

Amalkan senaman kardio dan cuba angkat berat untuk bahagian kaki bagi seimbangkan bentuk badan anda.

Bagi mereka yang miliki badan berbentuk “hourglass”

Bentuk badan idaman kebanyakan jejaka namun tidak berapa diinginkan kaum Hawa. Mereka yang miliki bentuk badan Hourglass miliki dada dan punggung lebih terbentuk manakala pinggang yang ramping. Bentuk badan ini juga harus menjaga permakanan kerana mudah untuk naik berat. Contoh terbaik adalah Kim Kardashian dan Marilyn Monroe.

Senaman yang wajar dilakukan:

Amalkan senaman yang tumpukan kepada seluruh badan seperti berlari dan kardio. 

Bagi mereka yang miliki badan Tubular

Inilah bentuk badan idaman kebanyakan wanita. Semulajadi kurus. Namun ada kalanya nampak terlalu kurus, kerana badan seolah seperti papan, dada kecil dan tidak berpunggung. Contohnya seperti kebanyakan peragawati, termasuklah Cara Delevigne.

Senaman yang wajar dilakukan:

Tingkatkan pengambilan kalori untuk bina otot. Cuba aneka jenis senaman untuk seluruh badan tetapi jangan terlalu leka dengan senaman kardio kerana ini akan mengecilkan lagi badan anda.

Sumber

Comments :

0 comments to “Cara kurus mengikut bentuk badan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.