Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Hidu kentut baik untuk kesihatan



Satu penyelidikkan unik telah dijalankan oleh Universiti Exerter di England bagi mengkaji kesan pendedahan hidrogen sulfida. Kimia tanpa warna tersebut boleh terhasil dari badan manusia dalam bentuk gas seusai tubuh memproses makanan.

Jurnal perubatan Chemistry Communications ada menyebut bahawa gas hidrogen sulfida sebenarnya kunci utama untuk mencegah kerosakan mitokondria lantas merawat pelbagai penyakit.

"Gas hidrogen sulfida dikenali secara meluas sebagai bau yang kurang menyenangkan, datang dari telur tembelang mahupun gas yang keluar kerana perut kembung.

“Ia terhasil secara semula jadi dalam tubuh badan dan sebenarnya mempunyai implikasi besar dalam penjagaan kesihatan malah menjadi elemen penting dalam kajian perubatan pelbagai penyakit masa depan," jelas Dr. Mark Wood.

Meski hidrogen sulfida berbahaya dalam dos yang besar, menghirup dalam jumlah kecil mempunyai signifikan untuk mengurangkan risiko kanser, strok, serangan jantung, artritis, dan demensia. Perlakuan tersebut sekaligus dapat memelihara mitokondria.

Menurut professor di Universiti Exeter, Dr. Matt Whiteman menjelaskan bahawa para penyelidik kini sedang giat untuk mereplika gas semulajadi itu kerana kelebihan yang ditawarnya.

Jadi mungkin selepas ini jika seseorang melepaskan 'gas beracun' di sekeliling kamu, jangan pula terus melenting ya?

Sumber

Comments :

0 comments to “ Hidu kentut baik untuk kesihatan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.