Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Berenang boleh kurangkan berat badan

Berenang merupakan salah satu cara untuk kurus. Berenang membantu untuk mengurangkan berat badan, membakat kalori dan memberi sedikit tekanan pada tubuh badan anda. Berenang akan membuatkan kesemua otot dalam badan anda berfungsi dan membantuuntuk mendapatkan tubuh badan yang ‘slim’. 

Semua jenis senaman memberi kesan yang baik untuk meningkatkan fitness seseorang individu termasuklah dengan berenang. Dengan malakukan aktiviti renang, ia dapat membakat kalori, membantu menurunkan berat badan, dan juga meningkatkan daya ketahanan kardiovaskular terutamanya bagi org yang berumur. Sewaktu berenang, kebanyakkan otot dalam tubuh akan digunakan manakala jantung dan paru-paru akan bekerja keras untuk membekalkan oksigen kepada otot-otot tersebut. Ini bermaksud, secara automatik, sistem kardiovaskular anda juga menjadi aktif ketika anda berenang. 

Aktiviti renang secara rutin bukan sahaja boleh mengurangkan berat badan, malah ia adalah salah satu aktiviti yang boleh meningkatkan tahap kesihatan anda dan mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit kronik seperti serangan jantung, diabetes tahap dua serangan angin ahmar dan sebagainya. Hal ini kerana apabila berenang, jantung dan paru-paru akan menjadi lebih kuat dan membuatkan anda bertahan lebih lama sebelum berasa penat.

Selain daripada itu, berenang memberikan senaman rintangan yang berterusan kerana apabila berenang, anda akan menolak badan anda menentang air untuk bergerak ke hadapan. secara tidak langsung, ia akan meningkatkan kekuatan abdomen anda terutamanya pada bahagian atas badan anda. Oleh kerana itu, aktiviti renang akan membina otot anda dan kemudiannya membakar lemak. Jadi, secara tidak langsung, apabila lemak terbakar, kalori juga akan terbakar dan akan mengurangkan berat badan anda. Anda juga akan membakar sebahagian lagi kalori dalam badan anda walaupun selepas anda berenang kerana tubuh badan anda akan menggunakan sedikit tenaga anda untuk memulihkan dan membina semula tisu otot. Jadi, tidak hairanlah aktiviti renang boleh membakar lemak dan kalori anda, sekali gus boleh mengurangkan berat badan. 


Nota: Atlet menggunakan aktiviti renang untuk membantu pemulihan kecederaan karana ia  merupakan salah satu aktiviti yang mempunyai impak yang rendah tetapi ia masih dapat membina daya tahan otot dan kardiovaskular yang sangat baik.

Sumber

Comments :

0 comments to “Berenang boleh kurangkan berat badan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.