Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

5 mitos popular tentang penurunan berat badan


Siapa sangka yang nasihat kesihatan yang diketahui orang ramai kadang-kala merupakan mitos semata-mata?

Jika anda adalah seseorang yang menjaga kesihatan ataupun sedang mencari cara-cara terbaik untuk mengurangkan berat badan, ia adalah penting untuk membuat kajian sebelum mempercayai 'fakta-fakta' yang dikatakan berkesan.

Antara mitos-mitos kesihatan yang popular adalah:

Label kurang lemak (low-fat) adalah lebih sihat 


Anda haruslah lebih teliti membaca label 'kurang lemak' kerana kadang-kala, makanan tersebut sebenarnya mengandungi kuantiti gula yang banyak dan boleh memudaratkan kesihatan anda. Selain itu, label seperti ini seharusnya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan tidak boleh diguna untuk semua jenis produk pemakanan.

Marjerin adalah kurang lemak banding dengan mentega


Adakah anda suka masak nasi goreng dengan marjerin atau mentega? Kedua-dua marjerin dan mentega mempunyai lemak yang berlainan dan jika dimakan dalam kuantiti yang banyak, boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Marjerin mempunyai kuantiti lemak tepu yang kurang, berbanding dengan mentega tetapi mempunyai kuantiti lemak berhidrogen (hydrogenated) atau lemak trans (trans fat) yang tinggi. 

Makanan sihat adalah lebih mahal


Siapa yang sering mempunyai persepsi ini? Sebenarnya, jika anda mulakan tabiat memasak di rumah, makanan yang sihat tidak mahal. Sebagai contoh, anda boleh membeli ulam-ulam di pasar tani atau pasar pagi dan dijadikan salah satu lauk makan malam. Makanan segar seperti sayur, daging, ayam adalah lebih murah dibandingkan dengan makanan yang diproses. Selain itu, anda boleh sering menjenguk pasar yang berdekatan rumah untuk mendapat harga yang lebih berbaloi berbanding di pasar raya.

Makan dalam kuantiti kecil boleh tingkatkan metabolisma


Anda memang digalakkan untuk makan dalam kuantiti kecil dan lebih kerap, tetapi amalan ini tidak menjamin peningkatan kadar metabolisma badan anda. Amalan ini hanya boleh bantu mengelakkan anda berasa lapar selepas makan sarapan atau makan tengah hari. Oleh itu, jangan pula memberitahu rakan-rakan anda tentang fakta yang salah.

Air putih boleh singkirkan toksin dan lemak badan


Siapa yang percaya air putih boleh menyingkirkan toksin dan lemak dari badan anda? Sungguhpun air putih adalah baik untuk anda, perkara ini masih belum lagi dibuktikan secara saintifik. Seseorang yang minum air putih secukupnya akan menghidrat badannya dengan lebih efektif. Ia juga bermanfaat kepada anda untuk menggantikan minuman manis dan bergas dengan air putih bagi mengelakkan masalah berat badan, masalah kesihatan seperti kencing manis dan lain-lain.

Selepas membaca mitos-mitos ini, adakah anda akan lebih berhati-hati apabila membuat keputusan yang boleh menjejaskan kesihatan anda? Jika anda pernah mendengar mitos-mitos lain, sila kongsi di sini.

Kredit gambar: Instragram.com, Tribun News, Wikipedia.com, Daily Mail UK, freeimages.com

Comments :

0 comments to “5 mitos popular tentang penurunan berat badan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.