Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

5 restoran paling pelik di dunia!


5-restoran-paling-pelik-di-dunia
Restoran yang bertema unik ataupun pelik memang menarik perhatian pelancong. Kebanyakan pelancong mahu menikmati percutian yang lebih menarik dan luar biasa. Hal ini kerana, bukan setiap hari kita dapat peluang  untuk menjamu selera di restoran sebegini. Kadangkala terfikir juga bagaimana pereka boleh memilih seni bina yang unik serta pelik sebegini. Malah, keunikan restoran amat penting kerana itulah daya tarikan pelancong, makanan sedap atau tidak akan ditentukan kemudian. 

Restoran New Lucky, India

Makan bersama dengan kubur! Restoran New Lucky di India telah dibina di atas tanah perkuburan Islam dan pemilik restoran ini menyatakan bahawa keranda sebenar merupakan asset penting bagi perkembangan perniagaannya. Seram kan?

Huashan Teahouse, China

Restoran yang terletak di puncak Gunung Hua yang tinggi ini memberikan tawaran yang menarik. Jika pendaki berjaya mendaki hingga ke restoran ini, mereka dapat makan secara percuma! Best kan! Tetapi bukan senang untuk mendaki gunung ini. 

Lainio Snow village Ice, Findland

Restoran ini hanya dibuka pada musim sejuk. Tempat makan ini akan dibina dengan ais dan salji ketika musim sejuk, dan ia akan cair ketika musim panas.

Dinner in the Sky, Brussels

Sebelum anda menjamu selera, restoran ini akan diangkat setinggi 150 kaki! Dengan tiupan angin dan pandangan indah, pelancong dapat menikmati  pengalaman menjamu selera yang terbaik!

Dans le Noir, United Kingdom

Makan dalam gelap! Dengan suasana gelap gelita, anda tidak boleh melihat rupa makanan yang dihidang dan juga pelayan restoran! Ikut arahan pelayan restoran sahaja. Bagaikan makan dalam mimpi!
Kredit Gambar: Barcelona point/ Wtop/Petualang Unik

Comments :

0 comments to “5 restoran paling pelik di dunia!”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.