Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

5 cara temu janji jimat

Apabila hangat bercinta, apapun anda akan lakukan untuk si dia. Walaupun begitu, sesampai pertengahan bulan, kocek pun dah kering tak berisi.

Selain daripada asyik ke pusat membeli-belah, terdapat aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan sesuai untuk bertemu janji dengan si dia.

Ingin tahu apakah idea-idea temu janji jimat? Bacalah senarai temu janji jimat ini:

Berkelah

Berkelah bukan sahaja menjimatkan duit, tetapi adalah salah satu aktiviti temu janji yang romantik. Anda berdua boleh membawa makanan sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang seperti sandwic, buah-buahan, kek dan juga minuman dari rumah. Selain itu, anda boleh isi masa lapang dengan main 'board games' seperti catur, 'Sahibba' atau bermain layang-layang. 


Tempat cadangan: Taman Tasik Titiwangsa, Taman Layang-layang Selayang, Taman Metropolitan Kepong

Bersukan

Kepada mereka yang sering kata ingin'berdiet', lebih baik anda luangkan masa untuk bersenam bersama si dia. Anda bukan sahaja boleh menghabiskan masa bertemu janji, tetapi anda juga sedang membakar kalori lemak badan anda. Di samping itu, apabila bersukan bersama, hubungan anda berdua akan menjadi lebih rapat.


Tempat cadangan: Tama Rekreasi Taman Jaya, Bukit Kiara Taman Tun Dr Ismail, Taman Wawasan Putrajaya





Bazaar

Tanpa memerlukan wang yang banyak anda boleh membeli barangan berkualiti atau koleksi vintaj di bazaar-bazaar ataupun 'flea market'. Sambil membeli-belah, anda turut menggunakan masa itu untuk lebih mengenali satu sama lain ketika berborak. Mana tahu, anda mungkin boleh menghadiahkan teman anda sesuatu yang unik.

Aktiviti bertukang


Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk beramah mesra dengan teman anda. Apa kata kamu berdua melakukan projek membina rak kasut, menanam bunga atau menghiasi rumah dengan dekor rekaan diri sendiri(DIY)? Aktiviti ini memberi peluang untuk anda dan si dia berinteraksi bersama dan masing-masing menyumbangkan idea kreatif untuk kediaman anda.


Cadangan pusat DIY: IKEA, Home Fix, Mr.DIY

Bekerja amal

Sudah berapa kali anda ingin beramal tetapi tidak dapat meluangkan masa anda? Ambillah peluang ini untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat kepada komuniti. Lakukan aktiviti beramal bersama si dia di rumah-rumah kebajikan, pusat perlindungan haiwan atau hulurkan bantuan di rukun tetangga kawasan kediaman anda.

Sumber

Comments :

0 comments to “ 5 cara temu janji jimat”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.