Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Viral di FB: Anak paksa ayah berhutang demi iPhone

Kisah yang dikongsikan di laman sosial ini sebenarnya mampu menyentuh hati sesiapa sahaja. Betapa mulia hati seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja untuk anaknya, walaupun permintaan yang tidak masuk akal; meminta ayahnya yang bergaji tidak sampai seribu sebulan berhutang demi untuk menghadiahkan teman wanitanya sebuah iPhone 6.

Ia diceritakan sendiri oleh seorang pekerja di kedai telefon tersebut.

Bacalah kisah di bawah.

Aku: Assalamualaikum pakcik, kami ada set handphone, laptop dengan barangan rumah. Ada tiga cara bayaran, cash, kad kredit dan ansuran mudah.

Ayah: Kalau ansuran mudah macam mana cara dia?

Aku: Kalau ansuran mudah, sediakan penyata gaji, salinan kad pengenalan dan penyata bank. Kalau malas nak pergi bank buat penyata bank, bagi je nombor akaun, saya buatkan penyata bank. Pakcik nak apa, saya kirakan sekali bayaran bulanannya. Paling maksimum bayaran boleh sampai tiga tahun saja.

Anak: Okay bang, berapa eh sebulan untuk iPhone 6 128GB dengan Samsung Note 4?

Aku: Okay, kalau dua handphone, RM296 untuk sebulan selama 3 tahun.

(Sambil tersenyum aku tengok, muka pakcik itu yang macam resah. Aku tahu pakcik tu orang susah).

Anak: Okay, ayah jadi eh? Boleh eh?

Ayah: (Hanya mampu mengangguk mengikut kehendak anak dia)

Aku: Beli handphone sampai dua, satu siapa punya? Umur adik berapa?

Anak: Yang Samsung Note 4 itu saya punya, yang iPhone 6 128GB tu saya nak hadiahkan kepada makwe saya bang. Minggu depan hari lahir dia. Umur 15.

Aku: (Mengucap dalam hati, sambil geleng kepala. Ya Allah, macam ni sekali anak dia buat kat ayah dia? Ayah dia yang bayar bulan-bulan, senang-senang je anak bagi kat makwe dia).

Ayah dia terus keluarkan dokumen, aku tengok penyata gaji ayah dia sebulan cuma RM950.

Aku: Okay pakcik, nanti saya proses. Dalam masa seminggu akan dapat jawapan lulus ke tak.

(Aku senyum dengan rasa bersalah tengok keadaan ayah dia yang kaki tempang berjalan keluar). Ya Allah macam nak menangis tengok.

Semoga si anak diberi petunjuk dan menyedari betapa tidak bijaknya tindakan yang diambil satu hari nanti, apabila dia sendiri sudah merasai sendiri betapa susahnya mencari rezeki.

Sumber

Comments :

0 comments to “Viral di FB: Anak paksa ayah berhutang demi iPhone”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.