Setiap negara di dunia ini
mempunyai cara pemakanan dan adat makan yang tersendiri. Ketika
mengembara di perantauan, ianya penting untuk mengenali adat makanan
sebagai tanda hormat ke atas tradisi tempatan yang unik.
Berikut adalah beberapa tatatertib makanan yang perlu anda sedar apabila berada di negara yang lain.
Thailand
Makan menggunakan garpu adalah tidak
sopan di Thailand. Di sini, garpu hanya digunakan untuk menolak makanan
ke atas sudu yang kemudiannya disuap ke dalam mulut
Jepun
Menghirup mi dan sup dengan kuat di
Jepun adalah adat yang sopan kerana ini menunjukkan anda telah menikmati
makanan yang dihidang
Korea Selatan
Sebagai tanda hormat, ahli keluarga yang tertua akan duduk di meja malam dan menjamu selera sebelum yang lain
Inuit Kanada
Kentut selepas makan adalah satu tanda penghargaan untuk tuan rumah
China
Meninggalkan pinggan yang kosong
dianggap biadap kerana ia bererti anda tidak diberi makanan yang
mencukupi. Tetapi di India dan Jepun, ia bermaksud anda telah menikmati
hidangan itu
Bulgaria
Tidak disarankan untuk membawa bunga kuning sebagai hadiah kerana di Bulgaria warna kuning melambangkan kebencian
Chile
Anda tidak digalakkan untuk makan dengan tangan tetapi wajib menggunakan garpu dan pisau ketika makan
Itali
Jika piza anda tidak dihidang dengan
keju Parmesan, anda harus berdiam sahaja kerana ia adalah satu ‘dosa’
makanan untuk meletakkan keju Parmesan di atas piza
Afghanistan
Sanggupkah anda ciumkan roti yang jatuh ke atas lantai? Anda wajib lakukan demikian di Afghanistan!
Perancis
Di Perancis, anda tidak harus memuji makanan yang dihidang dan juga tidak harus menggunakan pisau untuk memotong salad
Turki
Bersendawa selepas makan dianggap sebagai satu tanda kenyang dan perhargaan kepada tuan rumah
New Zealand
Berbincang dan bercakap ketika makan harus pada tahap yang minima kerana tumpuan harus diberi kepada makanan
Australia
Anda tidak harus lambat ke majlis makan kerana ia dianggap biadap di Australia
Kredit Foto: Tumblr, Giphy, Collider
Comments :
0 comments to “ 13 adat makanan dari merata dunia”
Post a Comment