Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

10 fakta tidak diketahui tentang Doraemon

Ada peminat Doraemon di sini? Kalau tak minat pun, anda mesti kenal dengan watak Doraemon, robot kucing yang comel dan sering menjadi penyelamat si budak malang, Nobita. Di sini kami kongsikan fakta menarik tentang Doraemon yang anda mungkin tak tahu.

1. Apa maksud nama Doraemon?
- Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar!

2. Tarikh Lahir Doraemon?
- Doraemon dihasilkan pada 3 September 2112.

3. Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?
- Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot.

4. Apa Warna Asal Doraemon?
- Warna cat asal Doraemon adalah kuning. Namun setelah telinga digigit tikus, Doraemon merasa sedih dan tertekan lalu menyelinap ke atas menara dan minum air ramuan berlabel “kesedihan”. Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu.

5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?
- Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa).

6. Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?
- 1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (nampak je kecil, kan) dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam semasa takut disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112.

7. Di mana butang On/Off Doraemon?
- Pada bahagian ekornya berbentuk bulat berwarna merah.

8. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?
- Kerana kedua-duanya berasal dari tangki yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.

9. Doraemon pernah bersekolah?
- Pernah, di sebuah sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Robot. 

10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?
- Ingat tak macam mana Doraemon selalu marah Nobita sebab malas? Mungkin dia ambil pengajaran apa yang berlaku pada dirinya sendri. Prestasi Doraemon buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambilnya sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.

Sumber

Comments :

0 comments to “10 fakta tidak diketahui tentang Doraemon”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.