Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Sanggup suntik minyak masak ke muka untuk cantik

GARA-gara ingin cantik, seorang wanita sanggup menyuntik minyak masak ke atas kulit mukanya apabila doktor enggan melakukan prosedur botok.

Hang Mioku, 48, yang juga bekas model Korea, dilaporkan menjadi cacat kekal berikutan tindakannya melakukan rawatan sendiri.

Menurut Hang, beliau terpaksa menyuntik minyak masak ke serata wajahnya selepas suntikan cecair silikon yang dibeli daripada pasaran gelap tidak membuahkan hasil.

Akibatnya, keseluruhan kulit muka Hang, membengkak sekali gus mengubah wajah wanita itu hingga menjadi hodoh.

Nasib Hang akhirnya mendapat perhatian masyarakat selepas kisahnya disiarkan oleh televisyen tempatan.

Hasil kutipan derma, Hang berjaya menjalani 10 pembedahan membuang 60 gram cecair silikon, minyak masak dan bendasing yang disuntik ke dalam kulit wajahnya.

Sebanyak 200 gram bendasing berbentuk cecair turut dikeluarkan daripada lehernya.

Walaupun pakar berjaya menyingkirkan cecair itu, wajah Hang tetap kekal cacat dengan kesan parut akibat suntikan terdahulunya.

Pada September 2011, seorang warga emas, Janet Hardt dari Illinois, Amerika Syarikat, meninggal dunia akibat jangkitan bakteria yang terhasil daripada suntikan lemak lembu ke bibir dan dagunya.

Pihak berkuasa Illinois mengesahkan, kematian Hardt berpunca daripada lemak lembu berkenaan.
-->

Mengikut pandangan Islam

Pembedahan plastik wajib dilakukan apabila pembedahan tersebut bertujuan menutup luka, memperbaiki bekas luka parah, menampal kulit kesan terbakar yang sangat parah terutama membabitkan wajah dan bahagian yang biasanya dapat dilihat.

Antara contoh yang dibolehkan untuk melakukan pembedahan adalah seperti menghilangkan bentuk yang berbeza dari bentuk kejadian asli seperti jari keenam, lebihan daging dan sebagainya.

Sementara itu, prosedur dikatakan haram adalah perbuatan mengubah ciptaan ALLAH SWT seperti mengubah alat kelamin, warna kulit, bentuk wajah dan lain-lain.

Firman ALLAH SWT: "Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana," "Janganlah kita mengubah ciptaan ALLAH SWT kerana sesungguhnya syaitan sentiasa suka menghasut kita agar mengubah ciptaan ALLAH SWT dan menyesatkan anak Adam,"

"Dan aku (syaitan) akan sesatkan mereka, aku akan janjikan angan-angan kosong kepada mereka dan sungguh aku mahu menguasai mereka. Aku akan menyuruh mereka memotong telinga binatang ternakan dan mengubah ciptaan ALLAH SWT (mengada-adakan upacara ibadat).´

Dan sesiapa menjadikan syaitan sebagai pelindung selain daripada ALLAH SWT, sesungguhnya rugilah dia, kerugian yang nyata sekali," Surah Al-Imran dan An-Nisa'

Sumber

Comments :

0 comments to “Sanggup suntik minyak masak ke muka untuk cantik”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.