Jabatan Projek Am Majlis Perbandaran Dubai mengumumkan rancangan untuk membina Taman al-Quran di Al Khawaneej.
Semua tanaman disebut dalam kita suci itu dan boleh didapati di Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan ditanam dalam taman seluas 60 hektar seperti pokok buah tin, delima, zaitun, jagung, daun bawang, bawang putih, bawang, kacang dal, barli, gandum, halia, labu, tembikai, asam jawa, pokok bidara, anggur, pisang, timun dan basil.
“Terdapat 54 spesies tanaman disebutkan dalam al-Quran. Kami akan menanam 35 daripadanya di taman itu,” kata pengarah jabatan, Mohammed Noor Mashroom.
-->
Menurutnya, 15 spesies ditanam dalam rumah hijau sementara baki 20 di luar.
Taman itu mempunyai terowong yang mempamerkan mukjizat digambarkan dalam al-Quran dalam bentuk imej dan bahan audio.
Taman tema itu bertujuan mendidik orang ramai mengenai al-Quran dan mukjiatnya, kata Mohammed. “Pokok ini dijangka mendorong pengunjung memikirkan mengenai alasan namanya muncul dalam al-Quran. Kami berharap untuk menarik kunjungan daripada pihak sekolah ke taman itu,” katanya.
-->
Taman itu juga akan dilengkapi dengan trek, laluan berbasikal dan kawasan berpasir, pawagam di luar, air pancut, taman padang pasir, wadi palma serta sebuah tasik.
Kos membina projek itu dianggarkan berjumlah Dh27 juta (RM22 juta) berdasarkan tender ketika ini. Peringkat pertama membabitkan pembinaan trek dan bangunan perkhidmatan sudah siap dibina sementara kerja melaksanakan projek kedua akan bermula bulan depan.
Ia akan siap sepenuhnya menjelang September 2014. - Agensi
Comments :
0 comments to “Taman al-Quran di Al Khawaneej”
Post a Comment