Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Berita baik untuk perokok

Harga rokok naik 3 peratus

Kuala Lumpur: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa hari ini.


Pengarah Urusan BAT Malaysia, Datuk William Toh berkata, sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi.
-->
Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Katanya, bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram, pihaknya memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak tiga peratus bagi semua jenama rokok keluarannya.- BERNAMA

Sumber

 

Comments :

0 comments to “Berita baik untuk perokok”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.