Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

4 PERSEDIAAN AWAL SEBELUM TEMUDUGA

Calon-calon mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadiri temuduga.

Berikut adalah beberapa perkara yang elok dijadikan panduan:

1. Selidik dan dapatkan seberapa banyak mungkin maklumat-maklumat berhubung dengan kerjaya yang menjadi pilihan. Antara sumber-sumber yang boleh membantu anda dalam hal ini ialah:
 • Kaunselor.
 • Guru-guru kaunseling.
 • Guru-guru yang mempunyai pengetahuan berkaitan dengan kerjaya tertentu.
 • Buku-buku ‘Occupational Outlook Handbook’ dan ‘Dictionary of Occupational Tittles’ yang boleh diperolehi di bilik Kaunselor.
-->  • Prospektus dari pelbagai universiti tempatan dan luar negeri yang terdapat di Perpustakaan Maktab.
 • Pegawai-pegawai di Bahagian Bimbingan Kerjaya dan Perkhidmatan Pekerjaan, Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat.
 • Pegawai-pegawai yang bekerja di dalam bidang kerjaya yang dipohon.
 • Risalah-risalah dan bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh dipohon dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Jabatan Buruh dan sebagainya.
 • Ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.

2. Pastikan anda mempunyai kelulusan akademik serta kelulusan-kelulusan lain yang diperlukan sebagai syarat bagi mengikuti kursus/bidang yang dipohon. Janganlah semata-mata bergantung pada nasib dan ‘angan-angan’ sahaja.

3. Berhati-hati ketika mengisi borang permohonan (penempatan) yang pihak Maktab edarkan.
--> Segala butir yang hendak diisikan perlulah difikir terlebih dahulu sama ada betul atau tidak, supaya borang anda nanti akan kelihatan bersih. Kesalahan mengisi borang permohonan/penempatan seperti tidak mengisi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap, tulisan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan lain-lain, memberi gambaran sikap, watak dan perlakuan anda. Perlu diingatkan bahawa proses temuduga bermula dari masa anda mengisi borang permohonan lagi.

4. Ambil tahu serba sedikit mengenai hal-hal di sekelililng anda (baca surat khabar, majalah dan sebagainya mengenai berita-berita penting dan pengetahuan am).

Comments :

0 comments to “4 PERSEDIAAN AWAL SEBELUM TEMUDUGA”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.