Braam Boose, 45, menginap di Thaba Monate Lodge, di utara Johannesburg bersama keluarganya tetapi menghilangkan diri pada Ahad lalu selepas keluar berbasikal seorang diri.
Pegawai polis, Kolonel Ronel Otto berkata: “Kami mengesyaki Bosse mati dibunuh zirafah kerana kesan kecederaan dialaminya menunjukkan dia dipijak.”
Walaupun mamalia itu tidak agresif, zirafah mampu bertindak ganas jika diancam.
Senjata utama mereka adalah menghayunkan kepala untuk menjatuhkan lawan selain kaki yang mampu memberi tendangan membunuh.
Pada 2010, seorang wanita, Merike Engelbrecht, 25, maut akibat tendangan zirafah selepas anjing peliharaannya yang dibawa bersiar di taman rizab menyebabkan haiwan liar itu terkejut seterusnya bertindak ganas demi melindungi anaknya. - AFP
Comments :
0 comments to “Sepakan maut zirafah”
Post a Comment