Laman sosial digemparkan dengan penyebaran dua keping gambar yang
dikatakan ‘berdarah’ sementelah dibacakan ayat suci Al-Quran.
Seorang pengguna Facebook, Rizu Nads, memuat naik gambar-gambar makanan tersebut yang dibelinya dari sebuah kedai.
Dia mendakwa telur goreng itu mengeluarkan tompok-tompok kemerahan seperti darah setelah memasang bacaan Al-Rukyah di komputernya.
"Masyaallah. Waktu beli makanan tadi dah tengok telur goreng atas bawah semua ok. Then sampai office makan depan pc buka bacaan rukyah, telur berubah bertompok-tompok merah seperti darah. Kuasa Allah memelihara dari pelaris yang kotor dari memasuki badanku. Subhanallah. Maha suci allah," ujarnya.
Difahamkan, peniaga makanan terbabit dipercayai menggunakan pelaris bagi menarik pelanggan agar kembali semula membeli makanan di kedai mereka.
Taktik sebegini sering dikaitkan dengan perbuatan syirik dan haram lantaran sifat tamak mula menguasai para peniaga.
Surah Al-Rukyah merupakan gabungan dari ayat-ayat Al Quran yang boleh digunakan untuk mengesan jin dalam badan atau di rumah.
Maksud ruqyah adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit atau disebabkan sengatan binatang.
Ia merupakan urutan ayat dari surah Al Fatihah, Al Baqarah, Ali Imran, Al Araf, Al Mukminun dan beberapa ayat lagi di dalam Al Quran.
Kredit gambar: brilio

Comments :
0 comments to “Telur berdarah selepas dibacakan ayat Al-Quran”
Post a Comment