Tidak semestinya kurus itu sihat.
“Kurus tidak bermakna secara automatik anda tidak gemuk,” kata Dr Jimmy
Bell, Profesor Imbasan Molecular di Kolej Imperial, London. Sejak 1994,
Bell dan rakan setugasnya mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan
“peta gemuk” bagi mencari di mana lemak tersimpan. Menurut data yang
diperolehi Bell, mereka yang mengekalkan diet, memiliki lebih banyak
lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih
bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak
gemuk.
Saintis percaya, tubuh menyembunyikan
lemak pada bahagian dalam dahulu sebelum lemak muncul pada bahagian lain
seperti perut, lengan dan paha. Lemak yang mengelilingi organ dalaman
penting seperti jantung, hati dan pankreas yang mana tidak boleh dilihat
dengan mata kasar sama bahaya nya dengan lemak yang terbentuk pada
individu yang gemuk. Lemak yang meyelaputi organ dalaman mungkin
menghantar isyarat kimia badan yang salah untuk menyimpan lemak di dalam
organ dalaman. Ia boleh membawa kepada masalah penolakan insulin
(diabetes jenis 2) atau serangan jantung.
“Menjadi sesorang yang kurus tidak
bermakna dia kebal pada serangan diabetes atau tidak akan berisiko pada
serangan jantung,” kata Dr. Louis Teichholz dari Hackensack Hospital,
New Jersey. Beliau berkata, mereka yang memiliki jisim berat badan
normal juga boleh memiliki tahap lemak tersimpan yang memeranjatkan!
Kurus adalah bonus tetapi itu bukan matlamat utama dan yang penting
adalah bebas kolestrol dan sihat. Pangambilan makanan yang seimbang, dan
mungkin boleh diselitkan dengan senaman ringkas dapat membantu
meningkatkan kecergasan kita.
Sesorang yang kurus berisiko dalam
mengambil lebih daripada jumlah kalori yang diperlukan kerana mereka
tidak nampak perubahan fizikal pada tubuh mereka. Disebabkan itu ramai
di luar sana makan tanpa mengira kalori yang sepatutnya dan terkejut
bila didiagnos menghidapi penyakit jantung, kencing manis, dan mungkin
juga kandungan kolestrol yang tinggi. Sebaiknya ambil makanan yang hanya
diperlukan badan, cukup vitamin nya, dan mampu memberi tenaga yang
secukupnya. Bersederhana perlu ditekankan dalam kehidupan seharian.
Ada individu yang berat badan nya akan
bertambah bukan kerana jisim lemak nya tetapi jisim otot yang dihasilkan
daripada latihan bebanan. Oleh itu, jangan terpedaya dengan kilogram
kerana tak semestinya makin bertambah berat, makin bertambah lemak. Ini
semua akan berbalik kepada cara hidup kita seharian. Lebih kan
pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan pelbagai warna. Peruntukkan
beberapa jam dalam seminggu untuk beriadah bagi membantu lagi proses
pembakaran kalori yang telah diambil oleh badan. Kegagalan pembakaran
atau penggunaaan kalori akan menyebakan kalori teresebut bertukar kepada
lemak yang gagal diproses.
Kesimpulan nya, kurus tidak menjadi
garis pengukur bahawa seseorang itu sihat dan bukan juga menyatakan
bahawa gemuk itu bebas daripada sebarang penyakit. Mendapat tubuh yang
langsing dan kurus merupakan bonus tetapi lebih cantik sekiranya yang
kurus itu juga sihat dalaman dan luaran. Individu yang bertubuh besar
pula tidak perlu gusar kerana anda mungkin sihat tetapi hanya bertubuh
besar dan mungkin boleh melakukan beberapa rutin senaman yang ringkas
secara berterusan untuk mendapatkan ptongan badan yang ideal seperti
yang dikehendaki. Semuanya terpulang kepada anda semua.
Comments :
0 comments to “ Kurus itu sihat. Betul ke?”
Post a Comment