Baru-baru ini, kajian oleh pakar sains
Jerman telah menghuraikan bahawa mendengar lagu sedih selepas perpisahan
sebenarnya membantu seseorang itu pulih dengan lebih cepat.
Malah, ia sebenarnya boleh mengembirakan orang tersebut!
Liila Taruffi dari Universiti Freie di
Jerman berkata memainkan lagu sedih sebenarnya berfungsi sebagai bantuan
untuk emosi kita semasa kita bersedih dan memberi kesan yang
keseluruhan ke atas kesejahteraan tubuh dan minda kita.
Pasukan sains ini telah mengkaji 772
peserta dari seluruh dunia untuk mengetahui sebab orang mendengar lagu
muzik sedih terutama selepas berpisah dengan kekasih. Keputusannya
adalah lagu sedih sesuai kerana mereka berasa sepi.
’Melalui lagu sedih juga, manusia dapat
merasakan perasaan yang sedih tanpa mengalaminya di kehidupan sebenar.
Ini mengaktifkan kesedaran kognitif yang membangkitkan imaginasi kita’’,
tambah Taruffi.
Antara lagu-lagu yang terkenal yang
didengari ramai selepas perpisahan adalah Hurt dari Johnny Cash dan
Moonlight Sonata dari Beethoven.
Kredit Foto: Desi Rulez
Comments :
0 comments to “ Sebab anda harus dengar lagu sedih selepas berpisah”
Post a Comment