Mekap 'natural'
Melainkan anda perlu naik pentas untuk berlakon opera, anda tak perlukan mekap yang tebal. Mekap yang tebal akan membuatkan anda nampak tua daripada usia sebenar. Dalam masa yang sama, tidak baik untuk kesihatan kulit.
Penggunaan penyamar noda
Penyamar noda atau nama popularnya concealer sering dilupakan. Ramai yang terus pakai bedak asas. Concealer hanya digunakan apabila ada parut atau lingkaran gelap bawah mata yang teruk. Concealer sebenarnya membantu mendapatkan efek wajah yang lebih berseri dan 'hidup'.
Mata atau bibir
Jangan sesekali pakai mekap yang tebal pada kedua-dua ini dalam masa yang sama. Jika anda mengenakan mekap mata yang tebal (smokey eyes), pilihlah warna gincu yang lebih 'natural'.
Cuba terlebih dahulu
Jangan beli sebarang warna alat solek sebelum mencubanya. Cantik pada orang lain, belum tentu cantik dan sesuai untuk anda.
Pelindung matahari
Di Malaysia, sunscreen atau pelindung matahari sangat penting kerana cuaca yang panas setiap hari. Semua orang tahu kesan tidak baik cahaya matahri pada kulit, jadi jangan ambil mudah.
Diet sihat
Cantik sebenarnya datang dari dalam. Justeru, amalan pemakanan yang sihat amat diperlukan. Jumpalah doktor atau pakar pemakanan agar mereka boleh membantu anda mendapatkan diet yang sesuai dengan anda.
Sumber
Comments :
0 comments to “ 6 'tabiat' cantik”
Post a Comment