Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Deria bau mampu panjangkan umur


deria-bau-mampu-panjangkan-umur
Warga emas yang berhasrat untuk menguji kepanjangan usia disaran untuk mengambil ujian menghidu yang ringkas.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Chicago, penyelidik mendapati warga emas yang mempunyai deria menghidu yang teruk mempunyai kebarangkalian untuk meninggal dunia dalam tempoh lima tahun.

Pernyataan tersebut berbeza bagi mereka yang sudah berumur, namun boleh membezakan pelbagai bau-bauan asas.

Saintis mengambil sampel ujian dari 3000 rakyat Amerika secara rawak, berumur sekitar 57 hingga 85 tahun. Mereka diuji untuk mengenalpasti lima jenis bau yakni peppermin, ikan, buah oren, bunga ros, dan kulit haiwan asli.

Selepas lima tahun, saintis menghubungi semula responden yang menyertai ujian berkenaan. Penyelidik mendapati 39 peratus dari warga emas yang hanya betul satu atau salah semua jawapan sudah meninggal dunia.

Sebaliknya 90 peratus yang berjaya menjawab empat atau betul semua masih dalam keadaan sihat walafiat.

“Jika tidak berupaya menghidu, ia tidak bermakna anda terus-menerus bakal berdepan ajal. Bahkan ia cuma satu petanda awal bahawa badan sudah tidak sihat sepenuhnya ekoran sebahagian sel sudah dalam keadaan yang teruk,” terang Dr. Jayant Pinto.

Nahtijahnya, bagi seseorang individu untuk memiliki deria bau yang bagus, tubuh badan perlu sentiasa sihat lalu berupaya menjana sel-sel di kawasan hidung.

Kredit gambar: kinja
 

Comments :

0 comments to “ Deria bau mampu panjangkan umur”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.