AUSTRALIA, (MLP) – Hari perkahwinan yang sepatutnya dirai indah
bertukar bencana apabila pengantin perempuan jatuh sakit manakala
pengantin lelaki ditahan polis dalam satu kejadian kelmarin.
Semasa majlis sedang berlangsung, para tetamu bertindak menghubungi ambulan kerana pengantin perempuan mengalami keracunan alkohol. Dia dirawat sebagai pesakit luar dan dibenar meninggalkan hospital tidak lama kemudian.
Paramedik yang ditugaskan menghantar ratu sehari itu kembali ke majlis terkejut apabila rata-rata tetamu yang hadir mabuk dan mula berkelahi.
Keadaan terbabit amat getir sehingga paramedik tersebut terpaksa menghubungi polis untuk meleraikan pergaduhan.
Pengantin lelaki dan pengapitnya ditahan pihak berkuasa kerana berkelakukan tidak senonoh. Pengapit perempuan pula dilepaskan dengan amaran.
Gambar utama sekadar hiasan
Kredit gambar: nizamzailan

Comments :
0 comments to “ Pengantin perempuan di hospital, pengantin lelaki dalam penjara”
Post a Comment