Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Tonton Filem punca anda gemuk


Filem punca gemuk

filem-punca-gemuk
Pelik tapi benar. Begitulah pendedahan mengejut hasil penyelidikan yang dijalankan ke atas 94 orang pelajar. Hipotesis awal meramalkan filem bergenre aksi bakal membuatkan penonton gusar lantas memilih makanan sebagai sumber ketenangan.

Para pelajar dibahagi kepada beberapa kumpulan dimana salah satunya menonton filem aksi berjudul The Island manakala yang lainnya menonton rancangan temubual yang dihos oleh Charlie Rose.

Keputusan mendapati audiens yang menonton filem aksi lakonan Scarlett Johansson dan Ewan McGregor itu menghadam 65 peratus lebih banyak kalori berbanding mereka yang menonton program temubual bicara.

Meskipun kajian mendapati beberapa adegan menarik seperti gerak perlahan, scenario pantas dan sekuen kejar mengejar mampu menghentikan aktiviti pemakanan seketika, namun keputusan akhir tetap merumuskan filem aksi mampu menyebabkan kenaikkan berat badan.

Kredit gambar: galleryhip 
 

Comments :

0 comments to “Tonton Filem punca anda gemuk”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.